Kini sudah hampir 8 minggu PKP telah dikuatkuasakan. Ternyata, ia sedikit sebanyak sudah mengubah cara hidup kita, atau lebih dikenali sebagai “norma baru”.
Tetapi kami percaya di sebalik sesuatu kejadian, tentunya ada hikmah disebaliknya.
Dari suduh positif pula, jumlah kes COVID-19 setiap hari berada dalam linkungan dua angka. Ini membuktikan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia, mampu membuat perubahan supaya satu misi dapat dicapai, iaitu flatten the curve.
Minggu lepas, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah dikuatkuasakan. Ini bermakna pelbagai kelonggaran telah diberikan kepada rakyat Malaysia, termasuklah pengusaha perniagaan. Namun, harus diingatkan, kebersih diri dan juga penjarakkan sosial harus diutamakan.
BACA : Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi Oleh Syarikat Yang Beroperasi Semasa PKPB
Pada jam 2 petang nanti, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bakal menyampaikan perutusan khas kepada seluruh rakyat Malaysia.
Adakah PKPB bakal dilanjutkan sehingga selepas Aidilfitri? Rata-rata rakyat Malaysia berharap agar PKPB dilanjutkan sehingga kita mencapai angka sifar dalam kes aktif COVID-19.
Sama-sama kita nantikan.