Sebut sahaja nama Nur Sajat memang semua orang kenal. Sehingga hari ini tiada siapa yang tahu status jantina sebenar usahwan kosmetik itu.
Kerap memuat naik foto beliau tampil dengan pelbagai gaya di Instagram, netizen bagaimanapun tertanya mengapa perut Sajat kelihatan sedikit buncit?
Menjawab persoalan netizen, Sajat memberitahu beliau sebenarnya sedang datang bulan dan memang normal jika perutnya buncit.
Apa yang dikatakan oleh beliau mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Benarkah datang bulan? Mereka tidak percaya langsung dengan kenyataan Sajat yang disifatkan terlalu gigih untuk membuktikan dirinya seorang perempuan.
Nak kritik lebih pun tidak boleh dan hanya Allah SWT sahaja yang tahu kebenaran disebalik apa yang Sajat lakukan.