“Perut Saya Kena Siat 7 Lapis Nak Keluarkan Cucu Awak, Tak Nak Datang Tengok Ke?” – Fara Salleh Terkilan Dengan Mentua, Harap Shuk Sahar Hadir Mahkamah

Trending

“Perut Saya Kena Siat 7 Lapis Nak Keluarkan Cucu Awak, Tak Nak Datang Tengok Ke?” – Fara Salleh Terkilan Dengan Mentua, Harap Shuk Sahar Hadir Mahkamah

Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa kesal terhadap ibu bapa mentuanya yang didakwa tidal datang menjenguk cucu selepas dilahirkan.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Fara berkata dia tidak menuntut apa-apa daripada keluarga suaminya itu namun berharap agar mereka mempunyai sikap belas ihsan terhadap dia dan juga anaknya.

Advertisement

fara salleh

Encik Sahar dan Puan Ainun, saya dah selamat lahirkan cucu awak. Nama dia Elaine Nada. Perut saya kena siat tujuh lapis nak keluarkan cucu awak ni, tak nak datang tengok ke?

 

Anak awak mana Encik Sahar? Dia tak nak tengok ke? Cakap dengan anak awak, tak payah risau bab barang anak semua saya uruskan, tak ada satu pun dia uruskan. Saya bersalin pun sendiri jangan risau tak ada yang saya nak susahkan anak awak Encik Sahar cuma berhati perut sikit.

Harap Shuk hadir ke mahkamah

Berkongsi lanjut, dia turut berkata dia tidak terfikir untuk menuntut sebarang harga keluarga mentua untuk anaknya itu.

 

Malah, dia turut berpesan supaya Shuk menghadiri panggilan kedua kes perbicaraan mereka pada 5 Ogos nanti di Mahkamah Syariah Segamat, Johor.

Harta awak, awak simpan. Jangan risau, saya dan Elaine tak hamak harta macam ‘mereka’, kami cuma nak urusan mahkamah kami selesai saja.

 

Walaupun Elaine lahir dengan serba kekurangan, tapi dia kaya kasih sayang. Saya mak dia dan saya ayah dia. Dia baik dan tak pernah meminta lebih.

fara salleh terkilan dengan mentua

 

Dalam pada itu, Fara juga mengimbau kembali beberapa pengorbanan yang pernah dilakukan sepanjang bergelar menantu kepada keluarga itu.

Masa saya jadi menantu awak dulu siapa yang tolong masa awak sakit? Siapa yang tunggu berjam-jam dekat hospital uruskan awak? Siapa yang tolak kerusi roda awak?

 

Kalau saya tahulah korang ini perangai macam ini, baik saya tolak je wheelchair tu ke sungai, teruk keluarga korang ni. Semoga saya tak gagal jadi ibu bapa macam korang.

fara salleh terkilan dengan mentua

Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Elaine Nada.

Walau bagaimanapun, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.

Fara Salleh diceraikan shuk sahar
3 months ago

"Dasar Pengecut" - Fara Salleh Dakwa Diceraikan Shuk Sahar Menerusi Panggilan Telefon Di Siam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...