Peruntukkan Sebanyak RM2 Juta Dikeluarkan Negeri Sembilan Biayai Peranti Percuma Untuk PdPR

Trending

Peruntukkan Sebanyak RM2 Juta Dikeluarkan Negeri Sembilan Biayai Peranti Percuma Untuk PdPR

Pandemik Covid19 yang melanda negara menyebabkan institusi persekolahan tidak dibuka dan ditukar secara belajar atas talian.

Bagi pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah di Negeri Sembilan yang ingin mendapatkan bahan peranti untuk pembelajaran secara percuma, mereka boleh memohon menerusi Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Advertisement

Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan berkata peranti itu adalah inisiatif kerajaan negeri dalam membantu pelajar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk membiayai bantuan peralatan yang melibatkan sebanyak 3,600 peranti.

“Mereka (pelajar) yang memerlukan peranti ini boleh memohon melalui Pusat Khidmat DUN masing-masing dan ADUN dan penyelaras DUN akan memproses serta menilai sebelum membuat pemilihan untuk pelajar yang berjaya”.

“Keutamaan pemilihan akan diberi kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah, pelajar IPT diikuti pelajar Tingkatan Enam, Lima dan kebawah”.

Tambah beliau lagi, setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki satu unit peranti walaupun keluarga berkenaan mempunyai bilangan anak ramai yang masih bersekolah.

Ia bagi membolehkan lebih ramai keluarga yang dapat menerima manfaat kemudahan yang diberikan oleh negeri itu. Pihak Khidmat Rakyat di 36 DUN akan diperuntukkan sebanyak 100 unit peranti.

“Harapan kita semoga inisiatif ini dapat membantu ibu bapa dalam memastikan setiap anak dapat mengikuti PdPR dengan baik dan sempurna untuk masa mereka”.

Sumber

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...