Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini mengulas mengenai peruntukan kerajaan berjumlah RM8.4 juta bagi membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta pelajar.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Rita mempersoalkan sama ada dana tersebut sepatutnya digunakan untuk tujuan lain yang lebih memberi manfaat langsung kepada pelajar.
Pulak..baik baiki fasiliti sekolah, tandas, bilik darjah cat lawa-lawa bagi murid-murid excited nak belajar.
Kantin tu upgrade macam cafe kat pavilion ka. Ni kalau hias kelas parents dengan cikgu-cikgu pulak keluar duit.
Beliau menegaskan bahawa kemudahan sekolah yang baik mampu mewujudkan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan serta meningkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.