Kini, telah beberapa kali Perdana Menteri kita memberi ucapan semenjak penularan wabak COVID-19 ini.
Apabila keluar sahaja posting di media sosial mengenai siding media khas Perdana Menteri, pasti ramai yang berdebar.
Biarpun keputusan lanjutan PKP ataupun bantuan-bantuan untuk PKS dan individu, ramai yang menunggu dengan harapan bahawa ucapan yang disampaikan positif sahaja.
Tetapi, pernahkah anda perhatikan imej yang ditampilkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Beliau telah mengadakan siding media sebanyak 4 kali
Seorang perunding imej, Asnawi Yusuf telah membuat analisa bukan dari segi ucapan Perdana Menteri, tetapi dari segi imej dan penampilan beliau dalam kesemua sidang media yang diadakan.
Ada beberapa aspek dari segi pemakaian yang sememangnya mampu memberi impak psikologi kepada penonton.
Pilihan warna, corak, aksesori dan juga tahap formaliti pemakaian secara teori mungkin mampu mempengaruhi penonton secara langsung dan tidak langsung.
Apabila kita tengok seorang warga emas memakai kopiah, berjanggut sederhana panjang dan percakapan sentiasa berlandaskan agama, automatik kita akan memanggilnya ‘tuan haji’
Asnawi berpendapat bahawa penampilan Perdana Menteri dengan kemeja putih tanpa corak, dan tali leher kelabu, kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan pada beberapa sidang media bertujuan untuk mengurangkan formaliti apabila menyampaikan ucapan kepada rakyat Malaysia.
Perdana Menteri turut mengurangkan formaliti dengan tidak memakai blazer supaya rasa lebih membumi dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa
Pada 27 Mac lalu, beliau mengenakan sut penuh bersama tag nama dan tali leher biru. Apa sebabnya?
Perutusan pada 27 Mac yang lalu lebih serius kerana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM250 billion kepada rakyat.
Beliau perlu kelihatan lebih serius, dan menonjolkan imej seorang yang dipercayai, mempunya karisma dan professional dalam tugas sebagai Perdana Menteri.
Bukan pemilihan pakaian sahaja, penggunaan kosa kata yang leibh formal (lebih difahamai) dan juga beberapa ungkapan atau “phrases” dalam Bahasa Inggeris juga digunakan untuk memastikan bahawa masyarakat bandar ataupun mereka yang lebih “elit” tidak dikecualikan