Peruncit Kesal Kerajaan Tak Sebut Bantuan Kelangsungan Perniagaan Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi

Trending

Peruncit Kesal Kerajaan Tak Sebut Bantuan Kelangsungan Perniagaan Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi

Meskipun pakej stimulus ekonomi yang diumumkan pada minggu lepas mendapat sambutan baik rakyat tetapi ada juga segelintir pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Peruncit mempersoalkan kerajaan mengenai kelangsungan perniagaan mereka dan jaminan pekerjaan yang tidak disebut di dalam pakej tersebut.

Biaya gaji pekerja

Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) menjelaskan bahawa bantuan yang diberikan hanya menyelamatkan golongan B40 dan segelintir kumpulan M40 walhal kerajaan seharusnya menghulurkan bantuan kepada perniagaan bagi menampung penggajian pekerja.

Advertisement

Banyak negara di seluruh dunia yang membantu perniagaa dengan memberi subsidi kepada majikan untuk gaji dan pendapatan pekerja.

Singapura membiaya 75% daripada gaji pekerja dan United Kingdom pula 80% supaya staf masih mendapat gaji meskipun tidak masuk ke pejabat.

Pertubuhan ini meminta kerajaan Malaysia supaya melakukan perkara yang sama dan membiaya 80% gaji bulanan pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Di mana ia dihadkan kepada RM1,500 sebulan iaitu gaji median negara ini. Hal ini bagi membantu para perniagaan supaya dapat menjamin pekerjaan staf mereka buat masa yang genting ini.
peuncit minta bantuan kerajaan

Disebabkan PKP telah dilanjutkan sehingga 14 April, banyak syarikat yang tidak dapat beroperasi dan secara tak langsung mendapat keuntungan sifar. Walaubagaimanapun, mereka masih perlu membayar kos tetap yang terus berjalan seperti sewa, utiliti serta gaji pekerja.

Tambah MRA lagi, pihak kerajaan sepatutnya menggunakan terma ‘menggalakkan’ kepada syarikat supaya membayar gaji pekerja secara penuh dan bukannya ‘wajib’ sepanjang tempoh PKP ini. Kuasa pengagihan tersebut sepatutnya diberikan kepada majikan mengikut kemampuan mereka.

Hentikan SOCSO

Selain itu, MRA juga meminta sedikit perubahan untuk membantu perniagaan termasuklah menghentikan bayaran SOCSO selama 6 bulan daripada April selain mengecualikan sumbangan kepada Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) selama setahun dan bukannya 6 bulan sahaja.

Penangguhan ansuran cukai

Antara cadangan lain untuk membantu peruncit supaya terus ‘hidup’ ialah penangguhan ansuran cukai kepada semua syarikat selama 6 bulan, pengecualian taksiran dan berhentikan sewa kepada hartanah komersial juga selama 6 bulan. Bukan itu sahaja, kerajaan diminta supaya memberikan 30% diskaun kepada bil elektrik untuk pengguna komersial bermula April sehingga 6 bulan kemudiannya.

Adalah penting untuk menyelamatkan nyawa, dan kita juga perlu melindungi pekerjaan pekerja dengan menyelamatkan perniagaan dan syarikat. Bantu mereka dari segi aliran kewangan dan perbelanjaan.

MRA menyatakan bahawa banyak syarikat mungkin akan ‘gulung tikar’ sekiranya perkara ini semua tidak diambil kira.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...