Bila dah mula bekerjaya ni, antara goals yang kita cuba nak capai mestilah pemilikan rumah pertama betul tak? Maklumlah, rumah adalah satu keperluan asas untuk membina kehidupan sendiri pada masa akan datang serta merupakan salah satu aset yang penting!
Jadi, kalau kita tengok sekarang ni, ada pelbagai jenis perumahan yang diusahakan oleh pemaju untuk menarik perhatian golongan baru bekerjaya bagi memiliki rumah pertama.
Namun, adakah perumahan-perumahan ini kena dengan citarasa kita dan menyediakan kemudahan yang kita perlukan? Haa, mesti ada banyak persoalan yang terlintas dalam fikiran anda kan?
Tak perlu pening-pening kepala, Caralyn dari Koleksi Casa kan ada! Projek perumahan dari Setia Alamsari ini confirm akan buat anda jatuh cinta serta terus ingin memilikinya! Ini antara sebab kenapa Caralyn PERLU menjadi rumah pertama anda!
1. Kedudukan Strategik Menjadikan Caralyn Pilihan Terbaik Pemilikan Rumah Pertama!
Bila mencari rumah ni, sebolehnya-bolehnya kita nak cari kawasan yang dibina berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas betul tak? Haa, Caralyn ada semuanya!
Untuk pengetahuan, projek perbandaran self-sustaining terbesar di Kajang ini, dibangunkan di lokasi strategik yang mana terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan asas disediakan.
Antaranya terdapat 12 jenis sekolah rendah dan menengah kebangsaan serta sekolah antarabangsa, 5 tempat rekreasi seperti kelab golf dan taman tema, 5 jenis hospital kerajaan, 5 jenis pengangkutan awam seperti KTM dan MRT, serta 11 jenis pusat beli belah. Wow, banyaknya!
Bukan itu saja, lepas ni anda dah tak perlu mengeluh nak kena hadap jam atau mencari jalan alternatif untuk pergi ke tempat kerja sebab Caralyn terletak berdekatan dengan 3 lebuh raya utama seperti KL-Seremban Expressway, LEKAS Highway dan SILK Highway.
Paling penting, semua kemudahan ini jaraknya hanya dalam lingkungan 2 hingga 11 km saja tau. Bestnya! Ini mengukuhkan lagi sebab kenapa anda perlu dapatkan rumah di Setia Alamsari!
2. Direka Dengan Seni Bina Unik, Caralyn Mengambil Negara Maghribi Sebagai Inspirasi!
Selain kemudahan asas, antara perkara lain yang akan dititikberatkan sebelum mendapatkan rumah pertama adalah seni bina perumahan serta fasiliti yang disediakan.
Haa, fasa Caralyn ni, kami jamin anda confirm akan suka dengan seni bina yang mereka tampilkan sebab anda boleh feeling-feeling berada di luar negara!
Untuk pengetahuan, seni bina koleksi perumahan Caralyn diinspirasi daripada negara Magribi dan ianya boleh dilihat pada taman, tempat rekreasi sehinggalah kemudahan fasilitinya. Wahh, bunyi macam menarik je.
Memang menarik pun! Kalau anda tengok kesemua rekaan yang ditampilkan, memang terasa seperti berada di luar negara!
Bukan itu saja, perumahan berkeluasan 775 ekar ini turut hadir dengan keindahan panorama hijau subur serta landskap yang kaya dengan corak mempersonakan, menjadikan ia kawasan yang tepat untuk didiami.
Di fasa Caralyn ini, terdapat pelbagai taman yang dilengkapi dengan kemudahan rekreasi yang direka mesra pejalan kaki untuk keluarga mengisi masa lapang dengan beriadah seperti berjalan kaki, berjogging atau melakukan yoga. Haa, sambil-sambil tu boleh hirup udara segar!
Fuhh, kalau anda datang dan tengok sendiri seni bina yang dipamerkan oleh koleksi Casa Setia Alamsari ni, confirm anda akan terus jatuh cinta!
3. Kondusif & Selesa, Caralyn Datang Dengan 4 Jenis Rekabentuk
Bila nak memiliki rumah pertama ni, antara perkara yang menjadi concern kita adalah keluasan dan keselesaan kawasan rumah kita. Maklumlah, kita ni baru nak beli rumah dan bina kehidupan sendiri, mestilah nak cari rumah yang selesa betul tak?
Haa, dengan koleksi Caralyn ni, anda dah tak perlu ada sebarang kebimbangan tentang keselesaan rumah sebab ia tampil dengan 2 jenis rekabentuk untuk setiap koleksi. Eh, Caralyn ni ada berapa jenis sebenarnya? Kalau anda nak tahu, jom baca lebih lanjut!
Caralyn I
Untuk koleksi pertama, Caralyn I, ia merupakan rumah Semi-D kluster dua tingkat yang mana ia mempunyai keluasan 32’ x 65’ dan merupakan rumah yang mendapat permintaan tinggi. Ia dijual pada harga bermula dari RM 745,000.
Haa, sesuai sangat untuk anda yang baru nak memiliki rumah pertama sebab ianya sangat convenient tau!
Koleksi ini menampilkan dua jenis rekabentuk iaitu Type E dan Type F yang mana perbezaannya hanya pada rekaan luaran serta Jumlah luas binaan.
Untuk Type E, ia dibina dengan keluasan binaan 1,957 hingga 2,011 kaki persegi dan boleh memuatkan 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi. Paling best, ia mempunyai laman di bahagian tepi yang cukup besar untuk anda luangkan masa bersama keluarga! Bestnya!
Manakala, untuk Type F pula, tak banyak beza pun jika dibandingkan dengan Type E yang mana ia dibina dengan keluasan binaan 1,945 hingga 1,999 kaki persegi dan dapat memuatkan 4 bilik tidur serta 4 bilik mandi. Haa, bezanya hanya pada keluasan laman luar saja tau.
Caralyn II
Seperti Caralyn I, rekabentuk Caralyn II turut mendapat perhatian ramai dan terjual dengan pantas. Kalau anda nak memilikinya, book sekarang sebab unit yang tinggal pun dah terhad tau. Bagi Caralyn II, ia dijual pada harga bermula dari RM 760,000.
Sama seperti koleksi pertama, Caralyn II adalah rumah Semi-D kluster dua tingkat bersaiz 32’ x 65’ juga mempunyai dua jenis rekabentuk iaitu Type G dan Type H.
Paling penting, kedua-dua jenis rumah ini dibina sama seperti Caralyn I, cuma yang membezakannya adalah reka bentuk dan seni bina rumah saja. Jadi, anda ada banyak pilihan untuk memiliki rumah pertama di Caralyn! Jangan rambang mata pula!
Kalau anda berminat untuk memiliki rumah impian di Setia Alamsari, layari laman web rasmi di Setia Alamsari atau ikuti media sosial di Facebook atau hubungi talian 03-87362255 untuk maklumat lanjut!