Written by serenity | June 20th, 2013

Hari ini melalui laporan Berita Harian, seorang wakil kepada keluarga Redzwani Putri telah tampil memberitahu yang pertunangan Redzwani dengan Shahz Jaszle telahpun diputuskan 10 hari lepas. Ianya diputuskan oleh ibu bapa Redzwani sendiri yang berkunjung ke rumah ibu bapa Shahz dan memulangkan dua bentuk cincin iaitu sebentuk cincin belah rotan dan sebentuk cincin berlian.

Wakil keluarga Redzwani itu enggan namanya didedahkan, mendakwa mereka menunggu   Shahz sendiri mengumumkan perkara tersebut kepada pihak media dan orang ramai, sebaliknya pelakon itu tidak berbuat demikian. Oleh sebab itu, dia telah tampil untuk memberikan pengesahan tentang perkara tersebut kepada pihak media.

Wakil keluarga itu turut memberitahu yang dia berbuat demikian kerana mereka sekeluarga enggan nama Redzwani dikaitkan lagi dengan pelakon lelaki tersebut. Katanya:-

Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, namun dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri, dan apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Shahz, dia akan menangis. Jadi saya berharap dia tidak akan diganggu lagi selepas ini supaya tumpuannya kepada pelajaran tidak terjejas.

Wanita itu juga melahirkan kekecewaannya terhadap Shahz kerana memberitahu kepada pasangan yang ditangkap khalwat dengannya yang dia bertunang atas paksaan keluarga.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Shahz dikatakan telah ke sebuah restoran di Bangsar untuk bersemuka pasangan khalwatnya semalam bersama pihak media. Bagaimanapun, perbincangan yang diharapkan bertukar kepada pertikaman lidah, apabila kedua-dua pihak mempertahankan kenyataan masing-masing.

Menerusi laporan Harian Metro, wanita tersebut bernama Farah Nurizzati Salleh tetap mempertahankan yang Shahz pernah mengatakan untuk bersamanya dan Shahz juga menyatakan perkara yang sama kepada pihak JAIS.

Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya.

Farah tetap menafikan yang dia mengada-ngadakan cerita, dan menambah dia pernah dibawa berjumpa dengan keluarga Shahz oleh Shahz sendiri dan dia juga pernah berjumpa dengan tunang Shahz

Sementara itu, Shahz pula mendakwa yang dia tidak pernah menyebut nama sesiapa sewaktu mendakwa dirinya diperangkap.

Justeru saya tidak faham kenapa Farah perlu tampil menegakkan kisah kononnya kami bercinta dan tidak henti dan tiba-tiba mempersoalkan saya seakan menuduh saya kawan serumahnya pula. Kami hanya kawan biasa yang kebetulan kenal di set penggambaran.

Dalam pertemuan itu, ibu Shahz dan Redzwani Putri turut ada bersama namun tiada jalan penyelesaian yang dapat diputuskan.

Tidak diketahui siapa yang benar dan siapa yang salah, cuma pada pendapat kami seorang kawan tidak sepatutnya berada di rumah kawan yang berlainan muhrim pada pukul 3.00 pagi. Kannn?


168 responses to Pertunangan Shahz Jaszle Dengan Redzwani Sudah Putus, Pasangan Khalwat Bertikam Lidah Di Restoran Bangsar

  1. senah says:

    haah betul tu.aku kawan dia dgn one of her family member…betul dia dah putus tunang…alaaa shaz ko takyah nak gunakan pompuan utk cover ko lah..kalau betul anak jantan jadi jadi dayus mcm ni..family puteri semua dah tak percaya cakap ko tu??? kalau ada pun pun si puteri tu jer kesian lagi kau..iye lah bukan senang kita nak buang perasaan sayang tu kan… bukan sehari kita dah boleh lupa..lain lah si shaz ni, tak guna..ada tunang pun duduk mengatal ngan pompuan lain…

  2. lalalalalala says:

    selalu berlakon citer cm tu..ha kt dh jd reality..haish

  3. loli says:

    alang2 mandi biar bsah terus ye tak??alang2 maruah dia da tergadai baek dia bukak je sume.bio dua2 malu.same2 tanggung.xgitu??? bio sume tau si jantan murahan ni boye beso yang suke mkn duit pmpuan.lagu utk sj.if u happy n u knw it clap ur hand!!! tu tuhan bg warning sj.jd bringat la.

  4. lara_hati says:

    Aku tgk redzwani dlm fb leh tahan comel dia nk bandingkan gambar masa tunang tu hehe , pandai nyanyi n men ukelele..lak…so…ptt la dia leh tersuka kt s.j ni agaknya..neway..there someone better for u outhere…gud luck!!

  5. akak celah bedah says:

    shame on you if you fool me once…shame on me is you fool me twice…nuff said…good to know you broke off the enggagement…kudos! dlm mase sebulan ni kalau nak meratap sedih silakan…pastu dah cukup…move on aje redzwani…you are beautiful and strong….

    • kak celah..celah apa ek.. says:

      exactly! if i were you redzwani, i wouldn’t feel a thing..jaszle is such a cheap player..nothing to be sad abt..shouldn’t regret..u shud be happy instead!

  6. Anonymous says:

    korang semua nie penyibuk…

  7. cik anon says:

    Cik Redzwani..awak kan pandai..belajar tinggi2..boleh pikir yg mana terbaik utk diri awak tu..lps ni cr bakal suami dokter jugak ok. senang serasi bersama..kerjaya pun sama..kan..daripada bergaul dgn retis2..haru biru hidop derang tu. Bnyk je aku tgok dokter laki hensem2 kat HTAR tu..hehehe

  8. Azlin says:

    ini jugak terjadi padaku…
    “DIA BAHAGIA ATAS AIRMATA WANITA LAIN” (shortcut)
    Bukan aku xmampu menerima takdir Allah… Semua ini telah tertulis sejak azali… Namun aku manusia biasa.. Aku juga perlu penjelasan kenapa?? Mengapa?? Dengan kejamnya kau yg bernama Siti Fatimah(bkn nama sebenar) (mcm dalam watak Farah ini) meragut kebahagiaan wanita lain?? Bukankah kau sudah tahu dia sudah bertunang?? Saat ini.. Jika engkau tidak muncul mengganggu hidup kami pastinya aku dan dia sdg sibuk menyediakan persiapan hari bahagia kami… Keluarga sanak saudara turut sama membantu.. Indah kan??

    Namun kini impian hanya tinggal kenangan…dan aku syukuri apa yg telah terjadi.. Hal ini menyedarkan aku.. Jika skrg dia boleh tinggalkan aku tanpa kata bergantung tidak bertali.. Xmustahil dia juga boleh tinggalkan aku dgn anak2.. Pastinya lebih perit dan menyakitkan…dan tak mustahil juga ini akan terjadi pada kau…. Sesungguhnya kita merancang tetapi perancangan Allah lebih sempurna…..bernafas pun kita meminta2 ehsan dari Allah.. Siapalah kita utk menidakkan takdir Allah??

    Komen ini hanya utk menerangkan keadaan sbnr.. Nilai la dgn mata hati.. Bkn simpati yg aku minta.. Cuma sebuah pengertian dan kepercayaan…Bila ini terjadi semua menunding jari menyalahkanku atas semua kesalahan yg dilakukan oleh org lain….kerana aku tidak mempunyai watak seorang wanita muslimah… Biarlah aku jadi diriku yang sbnr dari hidup penuh kepuraan…

  9. Claire Rose says:

    Redzwani is my senior. As a medical student, we’ve been trained to always be patient, be calm, be strong and no matter how trouble a life is, get ready to work under pressure. Stress is everywhere. She is very nice person, like to smile even to strangers but deeply in her heart, we have no idea what’s in her inside at all. So, as a human being, let’s pray for them. Of course, for the very best. Difference people, difference tests. Do not jump to conclusion easily. If they’re meant to be together, things would be back on the right track, but if not, they will be with someone else who can fit them well for each other. God knows why He made this thing happened, there will always be a purpose behinds this. Nothing happened without reasons. Have faith and let’s pray for their future undertakings. Life is like a roller coaster, sometimes we will be on top, sometimes at the bottom. Today is their day, we don’t know what will be served to us soon. Learn from lessons everyone :) Thanks !

    • Medic Student la sangattt.. says:

      yeahhh..yeahhh..bla bla bla…bla bla..
      MBBS (MSU) houseman has been joke of the year at hospital am working with..u guys were trained to be patient huh? work well under pressure huh? ha ha! what a joke la! *btw, pls brush up yr english girl..

      • ct says:

        nape nk kondem die nk ckp omputih pon..foreigner sendiri kalau dgr kite ckp bi tunggang terbalik pon die xkisah asalkan die faham…at least die try gak tu..

    • you-me-equal says:

      Medical student english macam ni? malunya..

    • bujang trang tang2 says:

      xde class ke ari ni claire????? ko layan ngak ye laman gossip…ingat aku je yg malas masuk klas…hehehe

  10. Anonymous says:

    KESIAN KESIAN

  11. Anonymous says:

    kalau betul putus..mmg itu jalan terbaek. tak kisah la betul ke tak dirang buat benda terkutuk tu tp redzwani & keluarga dia memilih utk keluar/ x terlibat dlm perkara ni satu keputusan yang bijak.

  12. cik sue says:

    aku tak tahu la mana satu betul. persoalan nya sekarang???
    1. bbm message menujukkan sesuatu bukti. code bbm phone orang tu yang pki. so boleg tahu siapa
    2. explain skit nape mesti ada kat umah 3pagi and jais akan serang jika ia berlaku bukan muhrim di kawasan tu byk kali. so mmg dh selalu la dtg.
    3. kenapa perempuan tu beriya2 nak nama nye die di bersihkan and die ckp go to hell la kepada shah jazle nasi dah jadi bubr n nak die bersihkan nama die n keluarga die.
    4. kenapa pertunangan tu diputuskan oleh family redzwni puteri.
    5. nape mesti shah jazle ada byk gambar bersama perempuan tu berdua2 an.

    jawab la soalan ni. aku kesian pada kaum wanita. sb apa . percaya sgt ada ayat2 manis lelaki cm ni. kepada rezwani jgn cepat putus asa. mungkin keluarga mu buat yg terbaik keptsn mereka berikan. kumbang bukan satu. byk lagi. life must go on. kepada perempuan yg kantoi tu. kalau ko di tempt rezwani ko stress x. kecewa x. klu ko buat cam tu kat org. xmungkin shah tu xkan buat kat ko cam tu gak

    to shah jazle. be honest. ko pilih sgt jalan tu. ko patut bertanggung jawab. klu bettul la bende tu berlaku. nape mestilah kau nak buat tunang ko mcm tu. sedankan tunang sgt cool bila ko kantoi . mcm dah kene nasi kangkang kot. confirm pas ni xnak pun tgk cerita ko. bye

  13. bohlynnxx says:

    lalalallaaa…. no komen… wait n see… heheee.. peace.. :)

  14. MakJemah says:

    cerita diorang ni berbelit2..menunjukkan shahz, mak dia, tunang dia, mak bapak tunang dia, farrah, abang farrah, mak sedara tunang dia, dan yg lain2 terlibat semuanya KAKI BELIT..

  15. yachula says:

    next pleaseeeeee….bosan….bincang diam2 boleh tak?

  16. TIANG LETRIK says:

    pada aku..pompuan gatal dan gelojoh ni yang bodoh.. dan dia ni desperate sangat nak kat sj..padan muka.. wartawan sekalian..tolong keluarkan muka dia depan surat khabar atau mana2 blog.. senang bapak ayam cari dia..sebab dia ni spesis yang MURAHAN.. tak boleh buat BINI, elok la tu..klu dipecat pas ni g menyundal pula dgn laki lain..jgn kaco zain ..kang kena masak dgn che ta.. then aku cabar SJ saman pompuan ni klu tak betul..klu betul..dua2 biar kena rejam sampai mampus..

  17. Cenonggek ayam sekarung says:

    Sj mmg penipu besar!!!
    Dah ada bukti pun, ttp belit lagi!
    Langsung x bersalah tapi menyalahkan org lain..

  18. Anonymous says:

    pelik jugak..keluarga redzwani tu tak penah baca kisah sj dengan maria farida n mira tu ker..kenapa le leh setuju nak tunangkan anaknya yg bakal doktor tu dengan lelaki buaya ni..sangat heran..tp tak pelah, benda dah jadi..baik jadi skarang dr kemudian hari..

  19. Anonymous says:

    baik sesal dahulu pendapan, sesal kemudian tiada gunanya…mungkin lebih banyak hikmah disebalik semua apa yang terjadi….

  20. Anonymous says:

    I know Redzwani Puteri very well..dia mmg seorang yang sangat baik…Insyaallah..wanita yg baik akan bertamu jodoh dgn pasangan yg baik..begitu juga sebaliknya..

  21. Hola! I’ve been reading your blog for some time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Houston Tx! Just wanted to say keep up the great job!