Pertunangan Sah Putus, Hubungan Tidak Mungkin Dipulihkan – Abang Redzwani Puteri

Hiburan

Pertunangan Sah Putus, Hubungan Tidak Mungkin Dipulihkan – Abang Redzwani Puteri

Semalam, akhbar Berita Harian telah melaporkan yang seorang wakil keluarga Redzwani Puteri yang enggan dinamakan telah mengesahkan yang pertunangan Redzwani dengan pelakon Shahz Jaszle telah diputuskan oleh keluarga Redzwani pada 10 Jun.

Namun mStar Online yang menghubungi ibu Shahz, wanita yang dikenali dengan nama Zaleha, 68, mendakwa berita itu tidak benar, sebaliknya kedua-dua keluarga sepakat yang keputusan sama ada pertunangan mereka akan diteruskan bergantung kepada keputusan perbicaraan kes khalwat Shahz dengan seorang wanita bernama Farah Nurizzati Salleh pada November.

Hari ini pula, Berita Harian melaporkan yang abang sulung Redzwani yang bernama Redzwan Najib telah menyangkal dakwaan ibu Shahz, sekaligus mengesahkan yang pertunangan tersebut sememangnya telah putus pada 10 Jun lepas.

Advertisement

Saya mewakili kedua-dua ibu bapa mengesahkan pertunangan Puteri dengan pelakon itu telah diputuskan 10 Jun lalu. Pertemuan itu hanya membabitkan ibu bapa saya dengan keluarga Shahz.

Pada malam berkenaan, keluarga saya telah memulangkan dua bentuk cincin. Keluarga mereka ada merayu kepada kedua ibu bapa saya supaya menangguhkan hasrat itu sehingga kes mahkamah selesai, tetapi bapa tidak mahu mempunyai sebarang ikatan dengan pelakon itu lagi.

Menurut Najib, bapanya telah ke pejabat JAIS dan membaca kenyataan Shahz berhubung penangkapan tersebut. Najib turut ada semasa Shahz bersemuka dengan Farah di tempat kerja Farah, dan memberitahu yang Shahz ada merayu kepadanya agar kisah putus tunang beliau dan Puteri tidak dihebahkan kepada media.

Seterusnya beliau menambah bahawa sebarang usaha untuk memulihkan hubungan adiknya dan Shahz tidak akan terjadi dan keluarga Redzwani sepakat bahawa mereka tidak mahu hubungan tersebut terjalin semula.

Menurut Najib lagi, dia ada bertanya pada Redzwani tentang status Twitter adiknya itu yang membayangkan seolah-olah mereka masih bersama, dan Redzwani memberitahu bahawa status itu ditulis oleh Shahz yang menceroboh ke Twitternya kerana dia mengetahui kata laluan kepada akaun Twitter Redzwani.

Apa pun, inilah Qadar yang harus diterima sebagai kesan kepada perbuatan sendiri. Bersamalah kita mengambil iktibar dari kejadian ini. Untuk berita penuh, sila dapatkan naskhah Berita Harian anda hari ini.



Tonton Malam Kemuncak My Ekspresi pada 22 Jun 2013 (Sabtu) ini jam 9.00 malam LIVE di TV2 dan TVi (Astro 180)! Saksikan hasil koreografi 4 orang koreografer muda Malaysia berentap mengolah dan menghasilkan karya tari terbaik! Nantikan juga hadiah pemenang utk penonton d rumah dan di auditorium! ada banyak barangan menarik utk dimenangi! Stay TuNed!…Artis jemputan Aweera (Mojo), Stacy & Noraniza Idris!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...