Pertubuhan Kesihatan Dunia Lantik KJ Jadi Naib Presiden WHA Ke-75

Dunia

Pertubuhan Kesihatan Dunia Lantik KJ Jadi Naib Presiden WHA Ke-75

Seperti yang kita tahu, Pertubuhan Kesihatan Dunia atau lebih dikenali sebagai World Health Organization (WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan tertentu demi menjamin keselamatan penduduk di seluruh dunia.

Selain itu, tugas lain Pertubuhan Kesihatan Dunia ini adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan Laporan Kesihatan Sedunia, melakukan Kajian Kesihatan Sedunia dan juga menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia.

Advertisement

4 years ago

COVID-19 Bukan Buatan Manusia - World Health Organization (WHO)

Kebiasaannya, negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Kesihatan Dunia ini akan melantik seorang wakil untuk dihantar ke Persidangan Kesihatan Sedunia. Sebelum Persidangan Kesihatan Sedunia itu, mereka akan berbincang dan melantik ahli organisasi bagi mengendalikan perhimpunan tersebut.

Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia ke-75

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin kini dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 22 hingga 28 Mei 2022.

Menerusi satu ciapan yang ditulis oleh Khairy Jamaluddin di laman Twitter, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Kesihatan Dunia kerana sebulat suara melantiknya menjadi Naib Presiden untuk Persidangan Kesihatan Sedunia 2022 itu.

Tambah beliau lagi dalam ciapan tersebut, hasratnya juga akan dilaksanakan ketika Persidangan Kesihatan Sedunia iaitu akan membawa suara Pasifik Barat ke perhimpunan dunia tersebut khususnya tentang prinsip ekuiti, solidariti dan akauntabiliti.

Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia

Sumber BERNAMA

“Pelantikan sebagai Naib Presiden WHA itu adalah satu penghormatan besar kepada Malaysia,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Tambah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu lagi, beliau dengan sukacitanya mengumumkan yang Khairy Jamaluddin telah dipilih sebulat suara oleh negara anggota Pasifik Barat sebagai Naib Presiden WHA ke-75 ketika Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-72 di Himeji Jepun.

Dengan keputusan tersebut, ia secara tidak langsung menunjukkan yang Malaysia diberi pengiktirafan sewajarnya berdasarkan peranan aktif menerusi platform kesihatan global dalam WHA ke-69 pada tahun 2015 dan sekali lagi pada WHA ke-75 tahun depan bagi mewakili semua 37 negara anggota dari rantau Pasifik Barat.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...