Pertikai Skop Kerja Anggota Polis, Kisah Polis Tolak Van Rosak Tengah Jalan Buka Mata Masyarakat

Trending

Pertikai Skop Kerja Anggota Polis, Kisah Polis Tolak Van Rosak Tengah Jalan Buka Mata Masyarakat

Sebelum ini, tular di media sosial isu anggota polis yang didakwa salah laku sehingga menjadi pertikaian warganet.

Namun, tidak semua anggota polis yang berperilaku seperti yang diperkatakan warganet. Seorang pemuda menceritakan tentang seorang anggota polis yang membantu menolak sebuah van rosak di tengah jalan menerusi video yang dimuat di Twitter.

Advertisement

Menerusi ciapannya di Twitter, dia mengatakan akhir-akhir ni ramai yang kutuk dan cerita terbuka tentang polis.

“Ni abang payung kebaikkan polis yang jarang orang nak viralkan. Ada van rosak tepi jalan, hujan lebat, kalau takda polis ni sure dah ada accident kat sini”.

hujan lebat

Pemuda yang ingin dikenali sebagai Fahmi Alwi menjelaskan kejadian itu dirakamkan dari sebuah bilik hotel dekat Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur.

Dia menceritakan kira-kira jam 6 petang di mana keadaan hujan yang sangat lebat dan van yang melalui jalan itu secara tiba-tiba berhenti dan kenderaan yang lain juga laju memandangkan waktu petang.

“Sebenarnya, van itu dah lama sangkut di situ sebelum polis trafik tu sampai. Kira-kira 10 minit juga pemandu itu berada dalam van“.

Fahmi mengatakan anggota polis yang tiba di lokasi dengan menunggang motosikal dalam keadaan hujan yang sangat lebat terus menuju ke arah pemandu van untuk menolak kenderaan itu ke bahu jalan. Polis yang tiba tepat pada masa itu dapat mengelakkan kejadian buruk seperti kemalangan berlaku.

polis tolak van

“Saya nampak van itu nyaris dilanggar oleh sebuah lori besar. Mujur pemandu lori dapat kawal kenderaanya dan tukar laluan, kalau tak saya tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi.

Namun, terdapat segelintir warganet yang mempertikaikan tindakannya yang berkongsi mengenai kebaikkan yang dilakukan anggota polis itu.

“Mereka pertikaikan dengan kata ‘dah itu memang skop kerja polis, jadi memang la dia kena buat macam tu’. Setahu saya memang antara tugas polis untuk pastikan lalu lintas berjalan lancar dan selamat, tapi bukan bermakna mereka kena tolak kereta atau van orang awam”.

Fahmi yang mengusahakan spa rawatan muka berkata, kalau orang lain suka untuk menceritakan perkara yang tak baik mengenai polis, kenapa kita tidak boleh menceritakan kebaikkan mereka. Semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk berkongsi kebaikkan dan hentikan sikap negatif dalam kalangan masyarakat.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...