Selepas kerajaan bertindak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, pelakon Diana Danielle khabarnya terkilan menzahirkan rasa tidak puas hati dengan berita tersebut.
Menurutnya, beliau berasa tidak adil kerana perkara itu dimaklumkan di saat akhir.
“Kenapa tak boleh bagitahu CMCO ni 2-3 hari sebelumnya? Kenapa sehari ja? Ini sama sekali tidak adil. Kelam kabut tak memasal kerana anda tidak dapat gauge untuk beberapa hari lagi! Bukankah itu jelas?”
Advertisement
Sementara itu, beliau juga dilihat mempunyai alasan kukuh untuk berasa panik kerana dirinya kini berada di luar Kuala Lumpur.
Of course? Hahahahaa waktu MCO kitaorg stay KL je sepanjang 3-4 bulan tu. Yg lari orang lain, yang kena org lain. Salah tembak ni. And Btw, I am NOT in KL since 3 days ago, even before announcement CMCO. So I have reasons to panic. Don’t trash your assumptions to me lol
— Diana Danielle (@ImDianaDanielle) October 13, 2020
“Yang lari orang lain, yang kena org lain. Salah tembak ni. Dan saya tidak berada di Kuala Lumpur sejak 3 hari yang lalu, bahkan sebelum pengumuman CMCO. Oleh itu, saya mempunyai sebab untuk panik. Don’t trash your assumptions to me lol.”
Advertisement
Bagaimanapun hantaran tweet yang berkongsi di laman Instagram miliknya itu telah mengundang kecaman netizen kerana wujud segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan luahannya itu.
Sekadar informasi, PKPB dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam, mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober.
Untuk rekod, Diana yang kini sibuk dalam aktiviti seni merupakan isteri kepada pelakon Farid Kamil. Selepas mendirikan rumah tangga bersama, pasangan itu kini dikurniakan dua cahaya mata.

Anonymous
October 15, 2020 at 8:29 am
Artis bodoh, laki kaki ganja.
tecit
October 14, 2020 at 5:06 pm
anggap jelah ini takdir Allah, kte merancang, Allah yg menentukan. klu kerajaan buat ikot jadual kau, kau kenape kau pm ke
Anonymous
October 14, 2020 at 4:17 pm
Sembang laa netizen ni..netizen pun meroyan jgk bl di umum pkpb…
raymee
October 14, 2020 at 12:34 pm
DD, dlm hidup ni kita kena sentiasa bersedia terhadap segala kemungkinan …….