Perth Kini Antara Lokasi Yang Amat Muslim-Friendly, Ini Sebab-Sebabnya

Hiburan

Perth Kini Antara Lokasi Yang Amat Muslim-Friendly, Ini Sebab-Sebabnya

Sebut sahaja Australia, sudah pasti anda terbayangkan pelbagai aktiviti-aktiviti dan lokasi yang wajib dikunjungi. Ha, kini ada satu lagi destinasi percutian di Australia yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia, terutama yang beragama Islam. Destinasi tersebut tak lain tak bukan ialah Perth, ibu kota Australia Barat ini.

Advertisement

Dengan puluhan restoran yang menyediakan makanan halal, kemudahan untuk solat di tempat tumpuan pelancong serta kemesraan penduduk tempatan terhadap orang Islam, Perth menjanjikan satu percutian yang Muslim-friendly dengan pelbagai tarikan, aktiviti, makanan dan pengalaman baru untuk dicuba. Sama ada anda datang dengan family, kawan-kawan atau seorang diri, macam-macam benda best dan lokasi awesome yang boleh diterokai sepanjang percutian anda. Antara yang WAJIB dicuba ialah:-

1. Ber’selfie’ dengan si comel Quokka

Haiwan yang dikenali sebagai Quokka yang juga dikenali sebagai haiwan yang paling “happy” di dunia ini hanya boleh dijumpai di Rottnest Island. Kecomelan dan kejinakan haiwan ini telah membuatkan para pengunjung pulau seluas 19 km kaki persegi ini tidak melepaskan peluang untuk ber’selfie’ dengannya. Selain itu, pelbagai aktiviti lain boleh dilakukan di Rottnest Island seperti snorkeling di Little Salmon Bay dan Parker Point yang kaya dengan hidupan laut yang penuh warna-warni, bersiar-siar menikmati keindahan flora dan fauna dan juga menaiki rumah api Wadjemup Lighthouse untuk melihat pemandangan yang cukup memukau. Jangan lupa untuk berposing di jeti seperti yang dilakukan oleh Elfira Loy sebagai tanda anda sudah menjejakkan kaki ke pulau indah ini.

sempat lagi tue Elfira Loy bergambar. Gorgeous!

2. Menangkap ratusan gambar di Blue Boat Shed

Tidak lengkap percutian anda ke Perth sekiranya tidak sampai ke rumah biru yang paling terkenal di dalam dunia ni. Blue Boat House terletak di tengah-tengah laut dengan sebuah jambatan dibina sebagai penghubung. Kebiasaannya, tempat ini penuh sesak dengan pelancong kerana masing-masing ingin bergambar di tengah-tengah jambatan, sebagai tanda sudah sampai ke lokasi yang cukup ikonik ini.

3. Melihat koala secara ‘live’ di Caversham Wildlife Park

seronoknya tengok Elfira Loy bercuti nie

Sekiranya anda bercuti dengan anak-anak, jangan lepaskan peluang untuk membawa mereka ke Caversham Wildlife Park. Macam-macam binatang dan aktiviti boleh dilakukan di situ. Anda boleh tangkap gambar dengan koala, bagi makan kepada kangaroo dan juga memegang wombat. Anak-anak anda confirm akan gembira gila. Untuk makluman, surau turut disediakan di Caversham Wildlife Park ini untuk memudahkan anda bersolat. Bolehlah habiskan waktu seharian di sini.

4. Mengkagumi keunikan hidupan laut di Underwater Observatory

Australia juga merupakan destinasi pilihan Zahiril sekeluarga!

Terletak di Busselton Jetty, anda pasti akan terpaku melihat hidupan-hidupan laut yang begitu unik dan menarik di Underwater Observatory ini. Lokasi ini memang sesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak kerana anda akan dapat mengajar mereka menghargai dan menyayangi haiwan-haiwan seperti penyu, ikan paus serta ikan jerung yang semakin pupus.

5. Shopping sakan

Sekiranya anda ada bajet untuk membeli-belah, Perth mempunyai banyak lokasi yang menawarkan pelbagai produk dengan harga runtuh. Antaranya seperti Direct Factory Outlet, Westfield Carousel, Watertown Brand Outlet, Fremantle Markets, Hay Street dan Murray Street Mall. Baju ada, kasut ada, handbag ada, cenderahati ada dan macam-macam lagilah. Pilih je mana satu yang anda nak. Jangan lupa lakukan tax refund untuk lebih penjimatan.

BONUS: Jangan lupa untuk menikmati keindahan matahari terbenam di pantai Fremantle selepas penat bershopping. Confirm hilang segala kepenatan.

6. Mencuba pelbagai makanan yang confirm sedap

Selain daripada makanan halal, Perth juga cukup terkenal dengan makanan seperti Corica’s Apple Strudel, Honey Cake, Swan Valley House of Honey, Morish Nuts, Fish & Chips dan Lobster Shack. Seafood nya memang ‘fresh’, sedap dan sekali makan, confirm nak tambah lagi. Kena try sebab rasanya memang berbeza dengan Malaysia.

INFO TAMBAHAN: Antara nama restoran yang menyediakan makanan halal ialah D’Angkasa Restaurant (makanan Malaysia), Charcoal Chicken Express Café Dianella (lamb rack dia sedap gila), Café Karache (wajib cuba ikan masam manis) dan Chee Tayeb (makanan timur tengah). Nak lagi senang Google je makanan halal apabila anda tiba di Perth kelak.

7. Jalan-jalan waktu malam di Elizabeth Quay

Best je tengok diaorang ni bercuti kan ?

Jika anda jenis tidur lambat, jangan hanya terperap di dalam hotel pada waktu malam. Keluar dan berjalan-jalanlah di Elizabeth Quay. Anda pasti akan terpaku melihat keindahan bandar Perth dengan lampu yang bergemerlapan. Sambil-sambil tue dapat hirup udara segar. Nak lepak tepi pelabuhan pun okay sambil perhatikan gelagat anak anda bermain. Mesti syok!!!

Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti dan lokasi-lokasi menarik di Perth yang tak sempat kami kongsikan. Kalau nak kongsi semua, sampai esok pun tak habis. Anda kena terbang dan alami keunikan serta keindahan ibu kota Australia Barat ini secepat mungkin.

Tempah tiket AirAsia dari sekarang sehingga 26 Mei 2019 untuk penerbangan sehingga 2 Jun 2020 dengan harga promosi SERENDAH daripada RM299 sahaja. Nak lebih selesa, ada ‘premium flatbed’ daripada harga RM1,190 dengan kelebihan seperti makanan dan minuman percuma, elaun 40 kg bagi baggage penumpang, Premium Red Lounge akses, hiburan Xcite Inflight, dan keutamaan akan diberikan bagi daftar masuk dan pelepasan. Memang berbaloi-baloi. Bolehlah mula rancang percutian anda ke Perth hari ini!!! Maklumat lanjut layari www.airasia.com.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...