Pertengkaran Tiga Rakan Mabuk Membawa Padah, Lelaki Ditemui Maut Ditetak Parang

Trending

Pertengkaran Tiga Rakan Mabuk Membawa Padah, Lelaki Ditemui Maut Ditetak Parang

Kebelakangan ini, kes yang melibatkan mabuk telah memenuhi dada-dada akhbar. Lebih buruk lagi, insiden yang melibatkan pengaruh alkohol ini sering kali berakhir dengan tragedi yang tragis hingga mengorbankan nyawa!

Terkini, pertengkaran antara tiga rakan ketika mabuk berakhir dengan kematian seorang daripada mereka apabila parah ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Banir, Batu 33, Jalan Temoh.

Menurut laporan Utusan, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, S. Pushpaharan, 43, telah maut ditetak di bahagian pipi kiri menggunakan senjata tajam disyaki parang.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, sekitar pukul 1 pagi, ketiga-tiga lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol itu telah bergaduh sesama mereka dengan si mati bertindak memukul rakan sekerjanya berusia 51 tahun.

Advertisement

SUMBER FACEBOOK INFO JENAYAH

Katanya, lelaki yang cedera itu dan rakan sekerjanya iaitu suspek berusia 35 tahun telah dibawa oleh majikan ke Hospital Tapah untuk rawatan.

“Apabila pulang semula ke rumah, sekali lagi berlaku pertengkaran antara mereka hingga menyebabkan suspek bertindak menetak mangsa dengan senjata tajam”

Malangnya, mangsa yang ditetak di bahagian kiri muka mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian.

Wan Azharuddin berkata, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak digunakan bagi mengesan senjata yang didakwa dibuang suspek ke dalam sungai berhampiran.

Menurut beliau, tiga lelaki termasuk majikan mereka berusia 50 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan sumber, pergaduhan ini telah berlaku di rumah pekerja yang terletak bersebelahan bengkel kenderaan tempat ketiga-tiga lelaki itu bekerja.

“Siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan mabuk di mana mereka yang berada di bawah pengaruh alkohol akan mengganggu satu sama lain. Mangsa juga mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes bunuh, khianat dan pecah rumah”

SUMBER FACEBOOK INFO JENAYAH

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.

Permohonan reman ke atas ketiga-tiga lelaki itu akan dijalankan esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...