Pertengkaran & Perselisihan Faham Motif Paling Tinggi Direkodkan Dalam Kes Bunuh Di Malaysia

Berita

Pertengkaran & Perselisihan Faham Motif Paling Tinggi Direkodkan Dalam Kes Bunuh Di Malaysia

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mendedahkan pertengkaran dan perselisihan faham dikenal pasti sebagai punca utama kes pembunuhan kejam di Malaysia, berdasarkan rekod 2023 dan 2024.

Kata JSJ, siasatan polis terhadap kes bunuh turut merangkumi motif kejadian kerana dapat membantu pihak polis mengeal pasti suspek dikehendaki.

Advertisement

Hasil siasatan dilakukan mendapati antara motif dikenal pasti dalam kes bunuh sepanjang tempoh itu adalah pertengkaran atau perselisihan faham, mabuk atau khayal (dadah dan minuman keras), balas dendam, cuai ketika memburu, cemburu dan dera.

Pertengkaran atau perselisihan faham adalah motif paling tinggi direkodkan dalam kes bunuh iaitu membabitkan 219 kes bunuh.

Dalam kebanyakan kes, ia berpunca daripada kemarahan dan timbul perasaan tidak puas hati yang menyebabkan pembunuhan berlaku.

suspek digari disoal siasat

Pada 2023, pertengkaran atau perselisihan faham merupakan motif tertinggi bagi kes bunuh membabitkan 115 kes atau 44 peratus diikuti mabuk atau khayal (25 kes) cemburu (18 kes) dan samun atau curi (15 kes).

Bagi tahun 2024, motif tertinggi kes bunuh adalah pertengkaran atau perselisihan faham membabitkan 104 kes atau 48 peratus diikuti mabuk atau khayal (20 kes), balas dendam (11 kes) dan cuai ketika memburu (7 kes).

kes bunuh Nur Farah Kartini

Kredit: Utusan

Selain itu, JSJ turut memaklumkan masalah rumah tangga turut menunjukkan peningkatan bagi motif kes bunuh bagi sepanjang tempoh tersebut.

Terdapat lima kes bunuh bermotifkan masalah rumah tangga direkodkan bagi tempoh tahun 2024.

Ini berpunca daripada gangguan orang ketiga dalam perkahwinan; tiada persefahaman yang membawa kepada perceraian; masalah tekanan hidup serta rasa tidak puas hati yang mendorong kepada tindakan luar kawalan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hibah dicabar meningkat
5 days ago

Kes Hibah Dicabar Di Mahkamah Semakin Meningkat Sejak Kebelakangan Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...