“Pertemuan Tu Membuahkan Rasa Yang ‘Hilang'” – Farid Kamil Cerita Kronologi, Dedah Punca Rujuk Dengan Diana

Hiburan

“Pertemuan Tu Membuahkan Rasa Yang ‘Hilang'” – Farid Kamil Cerita Kronologi, Dedah Punca Rujuk Dengan Diana

Aktor Farid Kamil mendedahkan sebenarnya tidak terfikir bahawa dia dan Diana Danielle akan kembali bersama namun kerana satu pertemuan yang santai, rasa cinta berputik kembali.

Katanya, ia bermula selepas dia menghantar anak mereka ke Sendayan dan Diana mempelawa Farid untuk bersarapan keesokan hari.

Advertisement

Meskipun tidak menyangka Diana menjemputnya untuk bersarapan bersama, Farid mengambil peluang itu untuk meluahkan apa yang terbuku.

Sebenarnya tarikh tersebut (rujuk) tidak dirancang. Diana pun tak sangka pertemuan itu menyemarakkan bibit bibit cinta, kasih sayang yang kami cari selama ini.

dee

Cerita aktor itu lagi, dia dan Diana serta dua anak mereka, Muhammad dan Aurora tidak henti-henti mendoakan agar keluarga mereka kembali bersatu.

Farid turut meluahkan kesyukuran apabila doa anak-anaknya dimakbulkan dan selepas hampir lima bulan tida bertentangan mata dengan Diana, pada 31 Ogos lalu mereka kembali rujuk.

Pertemuan tersebut membuahkan kembali rasa yang hilang disebabkan kesibukan, pekerjaan, duniawi dan kami berjaya menemukan titik noktah.

dianafarid

Diana Danielle Farid Kamil
7 months ago

Patutlah Mesra Macam Suami Isteri, Farid Kamil Dan Diana Danielle Sudah Rujuk 31 Ogos Lalu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...