Pertemuan TMJ Dan Faisal Halim Memadam Spekulasi Negatif Dan Isu ‘Mastermind’ Kes Simbah As*d

Kehidupan

Pertemuan TMJ Dan Faisal Halim Memadam Spekulasi Negatif Dan Isu ‘Mastermind’ Kes Simbah As*d

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), berkenan menghadiri sesi latihan Harimau Malaya di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, seperti dikongsikan halaman Facebook Malaysia NT.

Lawatan ini menandakan kali kedua Tunku Ismail atau TMJ menghadiri sesi latihan pasukan kebangsaan dalam persiapan mereka menjelang aksi pertama Kelayakan Piala Asia menentang Nepal pada 25 Mac ini.

Advertisement

Tunku Ismail, turut dilihat  meluangkan masa bertemu pemain serta barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Peter Cklamovski.

Kehadiran TMJ turut mencuri perhatian apabila beliau bertemu dengan penyerang sayap Selangor FC, Faisal Halim, yang kembali menyertai skuad kebangsaan selepas hampir setahun diketepikan susulan insiden simbahan asid pada Mei 2024.

TMJ perkenan ziarah faisal halim

Sebelum ini, Tunku Ismail pernah dikaitkan dengan kejadian serangan asid yang menimpa Faisal di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang pada 5 Mei 2024, mengakibatkan kecederaan pada badan, tangan, dan muka pemain berusia 27 tahun itu, yang kemudiannya menjalani rawatan ‘skin allograft’ atau tampalan kulit.

Gambar kemesraan antara TMJ dan Faisal dalam sesi latihan ini menarik perhatian penyokong, dengan ramai melihatnya sebagai isyarat untuk menamatkan spekulasi dan persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadap Tunku Ismail berhubung insiden tersebut.

Mana yang fitnah TMJ dulu, cakap TMJ mastermind baik minta maaf. Sudah-sudah fitnah, tengok gambar pun dah nampak yang TMJ bagi kata kata semangat dekat Faisal Halim.

TMJ okey saja dengan Faisal Halim, tapi ada orang busuk hati sampai main persepsi untuk memburukkan nama TMJ sewaktu Faisal disimbah asid.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairunni jual kuih raya RM6 sebekas
13 hours ago

RM6 Sebekas Je Chor, Peniaga Jual Kuih Raya Harga Rahmah Di Ipoh Perak Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...