Pertemuan Ibu Dan Anak Di Sempadan Untuk Beri Juadah Hari Raya Undang Sebak

Kehidupan

Pertemuan Ibu Dan Anak Di Sempadan Untuk Beri Juadah Hari Raya Undang Sebak

Ramai individu yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini berikutan larangan untuk merentas negeri. Walaupun ada ahli keluarga yang tinggal dalam satu negeri, pergerakan merentas daerah juga tidak dibenarkan atas arahan daripada kerajaan untuk membendung wabak Covid-19.

Juadah makanan Hari Raya Aidilfitri sudah pasti berlegar-legar di dalam fikiran anak perantauan kerana tidak dapat merasai juadah tersebut bersama keluarga yang lain.

Advertisement

Seperti yang berlaku kepada seorang individu ini dimana dia berkongsi satu momen di laman TikTok apabila dia bertemu ibunya di sempadan untuk memberikannya juadah Hari Raya Aidilfitri.

Dalam keadaan hujan, si ibu menghantar sendiri makanan yang dimasak kepada anak tersayang di sempadan yang memisahkan mereka.

Advertisement

“Maaf mak kita tak raya bersama tahun ini”

“Ya Allah dapat tengok wajah ibu satu kenikmatan dunia”

Dapat dilihat kesungguhan dan gembiranya si ibu kerana dapat menyiapkan juadah Hari Raya untuk anaknya walaupun tidak dapat beraya bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dengan pengorbanan si ibu yang sanggup memenuhi keinginan si anak.

Ada warganet mengatakan jika dia berada di tempat si anak dia akan sanggup panjat penghadang yang berada di situ namun pemilik akaun menjelaskan kenapa dia tidak berbuat demikian.

Semoga wabak ini segera berakhir dan semua dapat bertemu keluarga tersayang di kampung halaman.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...