Pertempuran Sengit! Adibah Noor, Fazley Yaakob, Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza Musim 8

Hiburan

Pertempuran Sengit! Adibah Noor, Fazley Yaakob, Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza Musim 8

Program realiti yang disukai ramai Gegar Vaganza (GV) kembali dengan musim kelapan, disertai dengan barisan 13 penyanyi hebat yang bakal mengegar pentas program bagi merebut gelaran juara.

Datin Alyah 'Geram' Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza
3 years ago

Datin Alyah 'Geram' Sering Diajukan Soalan Tentang Gegar Vaganza

Advertisement

13 penyanyi yang bakal bertanding di edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Enam bintang solo lelaki yang bakal bertanding bersama kali ini adalah  Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Dalam pada itu, senarai penyanyi solo wanita yang turut bertanding musim ini ialah Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Untuk membuat kelainan, musim ini turut disertai dengan penyertaan daripada anggota kumpulan lawak, Senario iaitu Saiful Apek dan Yassin serta turut memberi saingan kumpulan Nico sekali gus melengkap 13 penyertaan musim kali ini secara menyeluruh.

Gegar Vaganza musim-8Sumber : Google  

Selain itu, barisan juri tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Sekadar info, konsert mingguan GV8 akan mula bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 21 November 2021 dan disiarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...