Siapa yang pernah menonton filem blockbuster dari Korea Selatan berjudul Train To Busan pastinya sudah lama menantikan sambungan filem ini. Sejak dilaporkan perkhabaran sekuel ini, ramai yang sudah tidak sabar mahu menonton apakah yang akan berlaku di dalam pertembungan epik manusia dan zombi di dalam cerita ini.
Filem Train to Busan: Peninsula baru sahaja mengeluarkan trailer pertama mereka hari ini. Kisah sambungan pertempuran zombi ini nampaknya disambungkan oleh hampir kesemuanya adalah wajah baru berbanding filem sebelumnya. Memandangkan kebanyakan watak dari filem pertama sudah pun menjadi zombi.
Filem sekuel Train to Busan: Peninsula menampilkan barisan pelakon baru seperti Kang Dong Won, Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Go Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won. Berbeza dengan filem sebelum ini, latar masa sekuel kali ini adalah empat tahun selepas kejadian yang berlaku.
Boleh dikatakan sekuel kali ini lebih ‘intense’ dan berbeza dari segi plot jalan penceritaan kali ini berdasarkan trailer yang dikongsikan ini. Tetapi terlalu awal untuk membuat sebarang jangkaan apakah yang akan dikisahkan di dalam sekuel kali ini memandangkan baru trailer pertama yang dikongsikan.
Bagi yang belum pernah menonton, filem Train to Busan mengisahkan tentang serangan zombi di dalam sebuah kereta api elektrik KTX yang di dalam perjalanan ke Busan. Perjalanan mendebarkan di dalam ‘train’ tersebut apabila manusia dan zombi terpaksa bertempur di sepanjang perjalanan yang panjang ke Busan.