Pertembungan 10 Penjuru PRU15, Kenali ‘Influencer’ Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu. Siapa Cleopatra?

Trending

Pertembungan 10 Penjuru PRU15, Kenali ‘Influencer’ Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu. Siapa Cleopatra?

Dalam beberapa minggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dan Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru yang menjadikannya perhatian ramai pihak.

Parlimen tersebut dianggarkan memiliki 112,000 pengundi dan pecahan undi mengikut kawasan itu adalah Melayu (43%), Cina (30%), India (20%), dan 7% bagi lain-lain.

Advertisement

Namun, apa yang menarik perhatian ialah ‘influencer’ Nur Fathiah Syazwana Shaharudin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra yang bertanding atas tiket Bebas dengan logo pokok di parlimen tersebut.

Jadi siapa sebenarnya Cleopatra?

  • Seorang ibu tunggal berasal dari Pulau Pinang dan mempunyai dua cahaya mata

 

  • Mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam industri keselamatan dan pertahanan.

 

  • Cleopatra juga merupakan Pengarah Raffles Force (Malaysia) Sdn Bhd yang dilantik pada tahun 2021 sehingga sekarang.

 

  • Menyandang jawatan sebagai Pengarah Nova Defence Sdn Bhd sejak tahun 2019

 

  • Menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Tindakan Perikatan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai Hetero Action Women Alliance (Hawa)

 

 

Mahu wakili rakyat

Oleh kerana banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sosial, Cleopatra berpendapat bidang politik adalah platform terbaik untuk dirinya dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Sebelum ini, Cleopatra pernah menyatakan pembabitannya dalam politik adalah untuk mewakili rakyat dalam mengemukakan sebarang permasalahan bagi mencapai transformasi politik matang di Malaysia.

Sekadar info, calon-calon yang bertanding di Parlimen Batu adalah Siti Kasim (Bebas), Tian Chua (Bebas), P Prabakaran (PH-PKR), Zulkifli Fattah (Bebas), Too Gao Lan (Bebas), Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang), Azhar Yahya (PN-PAS), Naganathan Pillai (Warisan), A Kohilan Pillay (BN-MIC) dan Nur Fathiah Syazwana @ Cleo (Bebas).

2 years ago

"Hati Tak Boleh Tisu" - Tarik Diri Dari Jadi Calon PRU, Netizen Sindir Ustaz Kazim Elias

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...