Pertelingkahan antara Presiden SENIMAN, Zed Zaidi dan bendaharinya, Vanidah Imran semakin memuncak hari ini. Untuk makluman anda, Zed Zaidi telah pun membuat laporan polis mendakwa kecurian buku cek persatuan berkenaan yang ditanggungjawabkan kepada Vanidah. Malah Zed Zaidi juga telah mengkritik beberapa ahli jawatankuasa SENIMAN yang baru dengan melabel mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai melakukan kerja.
Berikut ialah dakwaan daripada Zed Zaidi terhadap Vanidah Imran:-
Saya melaporkan kehilangan buku cek persatuan yang dibawa keluar daripada pejabat oleh bendahari iaitu Vanidah Imran sejak memegang jawatan tersebut September lalu. Dia membawa pulang dan langsung tidak memberi kerjasama kepada persatuan ketika diminta untuk mengeluarkan duit bagi menjalankan operasi serta membayar gaji pekerja.
Dia tidak tahu apa tugas dia sebagai bendahari dan meminta persatuan untuk keluarkan surat untuk dia tandatangan buku cek tersebut. Apa yang dia lakukan telah menjejaskan perjalanan persatuan ini. Malah persatuan terpaksa berhutang sebanyak RM22,000 bagi kos operasi iaitu sewa pejabat dan gaji pekerja akibat tindakannya
Namun begitu Vanidah Imran telah tampil menjelaskan mengenai tindakan yang diambilnya. Kata Vanidah:-
Apa yang saya lakukan ini sebagai melindungi diri saya dan persatuan. Saya tidak mahu kejadian lalu berulang kembali yang membabitkan soal kewangan. Sehingga hari ini saya tiada akses untuk melakukan pengeluaran wang.
Saya tidak boleh mengeluarkan cek sewenang-wenangnya. Sehingga saat ini juga saya belum boleh menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai bendahari persatuan. Nama saya belum termaktub sebagai penama untuk bank bertanggungjawab itu.
Mana mungkin saya boleh mengeluarkan wang sesuka hati pada situasi ini, ia ternyata akan membahayakan diri saya. Ini soal amanah dan tanggungjawab. Ia bukan perkara mainan
Satu mesyuarat undi tidak percaya akan diadakan untuk melucutkan jawatan bendahari yang dipegang oleh Vanidah Imran. Namun Zed Zaidi hari ini memaklumkan yang Vanidah boleh meletakkan jawatan sekiranya beranggapan dirinya tida mampu memikul tanggungjawab tersebut. Kata Zed:-
Hingga saat ini saya menunggu panggilan daripada dia (Vanidah). Dia tak hubungi saya pun, malah macam cuba lari-lari daripada apa yang berbangkit. Dia kata dia ada sebab musabab di atas tindakannya.
Kalau saya hubungi dia tak pernah berjawab. Dia akan suruh saya menghantar mesej saja. Hari ini kita akan ke bank dan bawa laporan polis sekali untuk membuat buku cek Seniman yang baru. Kita pun perlu bergerak dan tak boleh tunggu lagi kerana buku cek berkenaan ada padanya.
Sekiranya dia tidak mampu menggalas tanggung jawab yang diberi dan memegang amanah itu, saya bagi cadangan kepada dia untuk letak saja jawatan. Kita nak buat undi tak percaya pun supaya hilang integriti dia sebagai bendahari.
Tidak pernah timbul soal mahu melucutkan jawatannya. Dia boleh letak sendiri jawatan secara terhormat dan beri ruang kepada yang lebih layak untuk memikul tanggung jawab itu. Dia pun sibuk dengan kerjaya, jadi janganlah susahkan diri untuk orang lain kalau belum benar bersedia pikul tanggung jawab
Nampaknya SENIMAN sekali lagi dihimpit dengan kontroversi sebelum berakhirnya tahun 2014. Agak sukar untuk masalah ini selesai sekiranya Vanidah Imran dan Zed Zaidi tidak bertentang mata untuk membincangkannya. Kedua-duanya mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat seperti apa yang dikatakan. Diharap pertelingkahan yang tidak membawa sebarang kebaikan ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tak manis kalau ahli jawatankuasa sesama sendiri bergaduh. Pasti ada jalan penyelesaian yang mampu dicapai. Tak gitu?
P.S: Yeah~~~ Jualan sempena perayaan Krismas sedang berlangsung di Best Buy World Malaysia. Diskaun yang amat menarik buat anda semua. Hujung-hujung tahun ini apa kata ‘treat’ diri anda untuk produk-produk kosmetik, penjagaan kulit, beg tangan dan minyak wangi pada harga yang amat BERBALOI. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk lihat sendiri promosi yang sedang ditawarkan.