Pertanyaan Tak Dijawab, Pelanggan Baran Mengamuk & Terbalikkan Kuali Char Kuey Teow Atas Jalan

Kehidupan

Pertanyaan Tak Dijawab, Pelanggan Baran Mengamuk & Terbalikkan Kuali Char Kuey Teow Atas Jalan

Seorang lelaki tempatan membuat kacau dan mengamuk di sebuah gerai makanan di New Lane, Georgetown dan rakaman ketika kejadian kini tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut telah memarahi peniaga char kuey teow dan mencetuskan kekecohan ketika makanan tersebut sedang dimasak.

Advertisement

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 5 Julai lepas kira-kira jam 7 petang dan lelaki berkenaan berang apabil pertanyaannya diabaikan peniaga itu.

Lelaki itu kemudian menengking salah seorang peniaga sebelum menamparnya. Salah seorang peniaga lain menegaskan untuk menelefon polis dan lelaki itu mencabarnya untuk melakukan perkara sedemikian, dia kemudiannya melempar kuali gerai itu.

 

Menurut Sinar Harian, anak pemilik gerai berusia 29 tahun telah membuat laporan pada 6 Julai berhubung insiden yang berlaku itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, siasatan polis bagaimanapun mendapati bahawa kes itu telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL) apabila suspek telah tampil memohon maaf.

Lelaki tersebut memaklumkan tidak mahu meneruskan kes memandangkan tiada sebarang kecederaan atau kerugian dialami oleh mereka. Dia juga telah memaafkan suspek.

Kurang kurangkan la eh baran tu lepas ni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-04-24 13:42:38

"Woi Mat Niaga Jangan Pecah Market Lah, Ngarut Harga Tu!" - Lelaki Dedah Peniaga Lain Berang Sebab Jual Burger Murah RM3.90

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...