June 23rd, 2012

Melihat kebelakangan ini penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Jawi 1Malaysia yang terbahagi kepada tiga kategori.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas mengikut kategori iaitu A untuk terbuka dewasa yang berumur 19 – 35 tahun, kategori B untuk pelajar sekolah menengah yang berumur 16 – 18 tahun manakala kategori C adalah terbuka untuk kaum bukan Melayu berumur 16 – 35 tahun. Peserta boleh memilih satu daripada lima tajuk esei yang disediakan oleh penganjur.

Hadiah bagi pemenang pertandingan ketiga-tiga kategori ini adalah Johan akan menerima RM 2000.00, Naib Johan RM 1500.00, Ketiga RM 1000.00 dan tujuh hadiah saguhati setiap satu menerima RM 800.00. Selain wang tunai, pemenang juga akan menerima hadiah iringan yang lain seperti piala, sijil, komputer riba dan baucer pembelian buku.

Kepada yang berminat, maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.jkkn.gov.my atau hubungi Urusetia Pertandingan Menulis Esei Jawi 1Malaysia melalui telefon 03 – 2614 8200/8208.

Dengan terlaksananya pertandingan seperti ini diharap usaha ini akan memartabatkan tulisan jawi seterusnya menggelakkan masyarakat terutamanya golongan muda menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran asas membaca dan menulis tulisan jawi yang akhirnya nanti akan hilang jatidiri.


22 responses to “Pertandingan Menulis Esei Jawi 1Malaysia Angkat Martabat Tulisan Jawi”

  1. Mira says:

    la…knp x 13thn ke atas ? tau laa kecik lagi tapi bagi lahh peluang… :( baru nak masuk.

  2. Jab. Agama. Wilayah Persekutuan (JAWI) says:

    apa punya link la…. nak bagi tapi tak ikhlas…. tau la entri ni tak popular.

Loading...