Pertandingan Lelaki Paling Buncit Bakal Diadakan Di Sabah

Kehidupan

Pertandingan Lelaki Paling Buncit Bakal Diadakan Di Sabah

Selalu kita lihat terdapat pertandingan ratu cantik dan bina badan. Kini, bersiap sedialah semua lelaki perut buncit.

Buat julung kalinya, satu pertandingan pengiktirafan perut paling buncit diadakan di Sabah.

Advertisement

Menurut MalayMail, pertandingan lelaki paling buncit ini akan diadakan pada 1 Disember 2019 di Kompleks Sukan Beaufort, Sabah.

Menurut penganjur pertandingan, Alex Soo, objektif pertandingan ini adalah untuk meraikan mereka yang memiliki perut buncit dan wanita seharusnya merasa bangga mempunyai pasangan seperti ini.

bangga dengan lelaki buncit

Di mana-mana hanya ada pertandingan yang menekankan pada paras rupa sahaja. Mengapa tidak bentuk badan mereka?

Para peserta yang menyertai pertandingan ini perlu berpakaiaan kemas dan berjalan di atas pentas. Mereka akan dinilai oleh para juri dan juga para penonton.

Pertandingan ini terbuka kepada mereka yang berusia sekurang-kurangnya 30 tahun keatas. Juara akan membawa pulang wang tunai RM400, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM200. Hadiah saguhati pula akan diberikan sebanyak RM50.

Jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, yuran penyertaan adalah RM30.

Kepada lelaki yang sudah lama menyimpan perut buncit mereka, apa kata anda sertai pertandingan ini, berbaloi juga.

 

Sumber: MalayMail

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...