Selalu kita lihat terdapat pertandingan ratu cantik dan bina badan. Kini, bersiap sedialah semua lelaki perut buncit.
Buat julung kalinya, satu pertandingan pengiktirafan perut paling buncit diadakan di Sabah.
Menurut MalayMail, pertandingan lelaki paling buncit ini akan diadakan pada 1 Disember 2019 di Kompleks Sukan Beaufort, Sabah.
Menurut penganjur pertandingan, Alex Soo, objektif pertandingan ini adalah untuk meraikan mereka yang memiliki perut buncit dan wanita seharusnya merasa bangga mempunyai pasangan seperti ini.
Di mana-mana hanya ada pertandingan yang menekankan pada paras rupa sahaja. Mengapa tidak bentuk badan mereka?
Para peserta yang menyertai pertandingan ini perlu berpakaiaan kemas dan berjalan di atas pentas. Mereka akan dinilai oleh para juri dan juga para penonton.
Pertandingan ini terbuka kepada mereka yang berusia sekurang-kurangnya 30 tahun keatas. Juara akan membawa pulang wang tunai RM400, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM200. Hadiah saguhati pula akan diberikan sebanyak RM50.
Jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, yuran penyertaan adalah RM30.
Kepada lelaki yang sudah lama menyimpan perut buncit mereka, apa kata anda sertai pertandingan ini, berbaloi juga.
Sumber: MalayMail