Pertandingan Kentut Paling Lama Dianjurkan Di India

Kehidupan

Pertandingan Kentut Paling Lama Dianjurkan Di India

Sebut sahaja kentut, anda semua sudah dapat bayangkan baunya yang busuk dan bunyinya yang menyeramkan. Jika boleh kita nak elakkan agar kentut kita tak berbau dan didengari oleh orang sekeliling. 

Ramai orang memilih untuk kentut secara diam-diam bahkan ada yang lebih rela menahan kentut ketika berada di hadapan orang ramai. Tetapi lain pula untuk segelintir masyarakat di India.

pertandingan kentut di India

Di India akan dianjurkan pertandingan kentut buat kali pertama yang diadakan untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa kentut itu adalah suatu perkara yang tidak memalukan.

Advertisement

Pertandingan kentut itu terbahagi kepada 3 kategori iaitu kentut paling lama, kentut paling kuat dan kentut paling merdu.

Pada 22 September ini pertandingan yang dikenali sebagai What The Fart (WTF) akan berlangsung di bandar Surat, Gujarat.

Pertandingan tersebut berasal daripada idea seorang penyanyi berusia 48 tahun ini yang bernama Yatin Sangoi serta rakannya Mul Sanghvi.

Saya terkentut semasa sedang menonton filem bersama keluarga saya dan salah seorang daripada mereka tertawa, lalu menyatakan bahawa jika ada pertandingan kentut, pasti saya akan memenanginya.

menang pertandingan kentut

Pada ketika itulah, tercetusnya idea Sangoi untuk merealisasikan pertandingan kentut tersebut. Melalui pertandingan itu, Sangoi berharap agar perbuatan kentut tidak lagi menjadi suatu perkara yang memalukan.

Kentut merupakan salah satu proses semulajadi tubuh untuk mengeluarkan gas. Doktor juga turut mengesahkan bahawa kentut adalah salah satu fungsi yang sihat pada tubuh badan manusia.

Saya ingin menormalkan proses kentut. Bahkan 20-25 tahun yang lalu, perbuatan kentut secara terbuka adalah suatu perkara biasa.

Tetapi kini ramai orang yang menganggapnya suatu perbuatan yang kotor serta tidak sopan, malahan perbuatan tersebut sering dianggap suatu perbuatan yang memalukan terutamanya apabila perbuatan tersebut dilakukan di hadapan orang ramai.

Pertandingan kentut berjaya meraih perhatian daripada kebanyakannya penduduk di India. Difahamkan, kira-kira 40 orang peserta sudah mendaftar untuk menyertai pertandingan  ini.

Apa yang menariknya, peserta yang bakal menyertai pertandingan ini datang dari seluruh bandar-bandar Yangantaranya, Jaipur, Hyderabad dan Mumbai.

Sangoi turut memberi tips kepada peserta yang bakal menyertai pertandingan itu supaya banyakkan pengambilan makanan seperti kekacang, lobak merak serta kentang rebus untuk menjana “tenaga” kentut yang banyak.

Pemenang pertandingan itu bakal membawa pulang sebuah piala serta wang yang berjumlah 5-15 ribu rupee.

Pnonton akan menutup hidung masa pertandingan berjalan

Korang rasa penonton yang hadir pertandingan ini akan menggunakan penutup hidung tak?

 

Sumber: BBC

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...