Pertama Kali Solat Berjemaah Di Set Penggambaran, Michael Ang Dedah Tiada Niat Nak Menunjuk

Hiburan

Pertama Kali Solat Berjemaah Di Set Penggambaran, Michael Ang Dedah Tiada Niat Nak Menunjuk

Selepas membuat pengakuan dirinya kini sudah memeluk Islam sejak setahun lalu, penerbit dan pengarah drama popular, Michael Ang  sentiasa mendapat perhatian umum khususnya pengikut di laman Instagram.

Pertama Kali Solat Berjemaah Di Set Penggambaran, Michael Ang Dedah Tiada Niat Nak Menunjuk

Advertisement

Semakin mendalami dan mengenali Islam, menerusi entri di Instagram, Michael dilihat telah berkongsi antara momen solat berjemaah bersama dengan kru produksi di bawahnya.

Bagaimanapun menurutnya, beliau tampil memaklumkan bahawa dirinya langsung tidak berniat untuk menunjuk kebaikan yang dilakukannya kepada umum.

“Bukan nak menunjuk saya rasa sangat tenang dan ini adalah catatan terakhir saya mengenai perkara ini!”

Bahkan, beliau juga berharap agar orang ramai tidak mempunyai persepsi yang tidak baik terhadap orang industri seni dalam menunaikan tuntutan wajib.

Pertama Kali Solat Berjemaah Di Set Penggambaran, Michael Ang Dedah Tiada Niat Nak Menunjuk

Hal ini kerana, beliau tidak menafikan terdapat segelintir individu tidak bertanggungjawab kini seakan memandang serong mengenai soal agama melibatkan para selebriti dan kru disebalik tabir.

“Pada korang yang selalu anggap kita orang dalam industri ni bukan-bukan jangan la cepat menghukum. Iman setiap manusia ada antara dia dengan Allah.

Pertama Kali Solat Berjemaah Di Set Penggambaran, Michael Ang Dedah Tiada Niat Nak Menunjuk

Meskipun begitu, ujar Michael, beliau yang kini sedang sibuk mengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu khabarnya gembira kerana dapat berjemaah bersama semua krew di set penggambaran.

Menjengah ke ruangan, rata-rat pengikutnya menzahirkan rasa syukur buat Michael dan rakan-rakan. Malah wujud juga rakan selebriti yang tampil memuji sikap mulia Michael dan tidak putus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...