Pertama Kali Percubaan, Jasmine Suraya Selami Perasaan Watak Berkerusi Roda

Hiburan

Pertama Kali Percubaan, Jasmine Suraya Selami Perasaan Watak Berkerusi Roda

Datangnya ‘feel’ nak raya ialah apabila kita mula dengar bunyi mercun di kejauhan, lagu raya berkumandang di pasaraya dan menu raya yang tiba-tiba menjadi sebutan ramai.

Tapi yang paling terkesan buat semua ialah apabila pelbagai iklan raya yang pastinya akan membuatkan anda sedih ataupun ketawa mula memenuhi skrin televisyen mahupun media sosial. Iklan raya di Malaysia memang dinantikan ramai!

Advertisement

3 years ago

Bawa Watak Guru Prihatin Dalam Video Raya Gamuda Land, Jasmine Suraya Tampil Manis Bertudung

Disebabkan itu, GAMUDA Land juga tidak terlepas untuk menyambut hari yang berbahagia ini dengan sebuah iklan yang bermakna. Bukan sekadar kosong tahu tapi ada mesej baik yang tersirat disebaliknya.

Lebih mengujakan apabila ianya dibintangi oleh pelakon berdarah Cina iaitu Jasmine Suraya. Meskipun berlainan bangsa tetapi pelakon wanita ini tampil ayu berhijab selain turut gembira kerana dipelawa untuk menyertai iklan penuh makna ini.

Selain itu, Jasmine sendiri agak sukar untuk menonton iklan raya GAMUDA Land selepas ia diriliskan memandangkan ia adalah percubaan pertamanya dalam membawa watak kelainan upaya ini.

“Sejujurnya, saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan diri untuk watak tersebut. Saya cuma mengetahui mengenainya 2-3 hari sebelum penggambaran berlangsung.”

Pun begitu, dengan bantuan produser produksi tersebut, Jasmine merancang sendiri latar belakang watak itu di mana dia dilahirkan normal namun mengalami penyakit yang membuatkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda.

jasmine suraya

Malah pelakon wanita itu cuba mendalami perasaan seseorang yang mengalami perjalanan hidup seperti Cikgu Moji. Katanya, dia mempunyai rakan yang berkerusi roda dan dia juga mempunyai persepsi di mana mereka tidak mahu orang lain melihat kekurangan mereka.

“Mereka jalani kehidupan secara biasa, menghadapi orang ramai dengan berani dan gembira, dan memberitahu diri sendiri bahawa mereka perlu positif kerana ianya memberi kesan kepada mental. Malah kehidupan adalah singkat untuk dilalui dengan sedih.”

Plot lain bagi iklan ini ialah hubungan istimewa di antara Cikgu Moji dan budak lelaki yang juga mempunyai kekurangan sendiri. Walaupun sukar untuk mendekatinya, namun penggunaan ’emoji’ ternyata merupakan jambatan yang mudah untuk membina hubungan dengan kanak-kanak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

Tambah Jasmine lagi, iklan itu juga menekankan bahawa terdapat banyak cara untuk kita lihat mengenai sesuatu yang terjadi dalam kehidupan.

“Iklan ini menyentuh perasaan dan saya juga tak pernah berlakon dalam iklan raya. Terutama membawa watak yang berlainan di mana dia berkerusi roda. Jangan lihat pada kerusi roda tersebut kerana saya mampu melakukan pelbagai perkara lain. Itulah yang saya mahu sampaikan dengan watak ini.”

Bagus kan Jasmine? Dengan watak Cikgu Moji ini, dapat disimpulkan bahawa kekurangan wanita itu langsung tidak menghalangnya untuk mencapai apa yang dia mahu selain turut mempunyai sikap empati dengan nasib orang lain.

Best kan iklan raya GAMUDA Land ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...