Meskipun sudah tidak aktif di Malaysia tetapi ramai yang terasa dengan pemergian tidak dijangka pelakon Ashraf Sinclair baru-baru ini. Siapa sangka, lelaki itu diserang sakit jantung semasa dalam tidurnya dan meninggalkan seorang isteri dan anak kecil.
Sedangkan netizen biasa pun berasa sedih, inikan si isteri yang sudah hidup lama dengan lelaki tersebut. Bunga Citra Lestari nampak tabah menghadapi dugaan ini dan tampil kuat untuk anak tunggal mereka iaitu Noah.
Sebagai sumber utama kepada pendapatan keluarganya kini, Bunga tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa. Malahan pada malam semalam, wanita itu telah tampil membuat persembahan di Coca cola Bunga Citra Lestari BCL bertempat di SQ Dome, Indonesia.
Cuba tampil biasa tetapi penyanyi berbakat itu ternyata tidak mampu menahan tangisan semasa mendendangkan lagu sedih ketika konsert tersebut. Walaupun beremosi seketika, BCL berjaya menghabiskan nyanyian tanpa sebarang masalah langsung.
Lagu ni dia takleh tahan dah sebak terus BCL stop nyanyi, tapi sambung balik, vocal dia mantap walau tengah nangis. Ticket dia sold out , esok concert dia lagi penting,somehow she can’t cancel it. In fact, dia memang professional. pic.twitter.com/muu9GUmQW6
— ????? ? (@ibcig) February 28, 2020
Kebanyakan netizen tersentuh melihat kesungguhan BCL kerana tetap kuat walaupun baru sahaja kehilangan suami tercinta. Sikap profesionalnya sebagai seorang artis juga turut mendapat pujian ramai.
Lebih menghibakan kerana lokasi tersebut merupakan tempat yang sama dia pernah mendendangkan lagu untuk arwah suaminya pada tahun lepas. Pun begitu, Bunga tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuk dia terus memberikan persembahan yang terbaik pada malam kelmarin.
Harap Bunga dan Noah terus kuat mengahdapi dugaan ini. Semoga ada sinar di sebalik awan yang kelam.