May 13th, 2013

Amboi. Romantik juga Pekin Ibrahim ini. Muka lelaki sejati tetapi hati penuh dengan kasih sayang. Tersenyum kambing Abang Nara membaca luahan rasa cinta Pekin terhadap Uqasha di dalam Pancaindera semalam. Sweet sangat!!!

pekin ibrahim

Kalau dulu Pekin malu-malu nak mengaku bercinta dengan Uqasha, sekarang tidak lagi. Awek cun kenalah bagitau cepat-cepat. Kang orang lain potong line pulak. Kata Pekin:-

Pertama kali melihat dia perasaan cinta saya sudah mula berputik. Saya memang menganggap dia adalah calon yang sesuai untuk dijadikan suri hidup saya. Sebenarnya kami sudah kenal lama. Sejak dari kampung lagi. Cuma hubungan yang lebih serius itu baru nak bermula. Saya tengok Uqasha kalau boleh terus nak kahwin dengan Uqasha esok. Setiap hari saya tanya Uqasha fasal kahwin. Mungkin dia pun dah naik muak dengan soalan saya itu.

uqasha senroseRomantik kan? Hehehe. Semoga hubungan Pekin dan Uqasha ini akan berakhir ke jinjang pelamin satu hari nanti. Mungkin tahun ini mereka akan bertunang dan seterusnya berkahwin. Siapa tahu kan? Kita doakanlah sahaja kebahagiaan akan menjadi milik mereka satu hari nanti.

P.S: Harga kereta lebih murah selepas PRU13 hanya mimpi?


Comments are closed.

Loading...