Pertama Kali Dalam Sejarah Malaysia, Wanita Bukan Berbangsa Melayu Dilantik Sebagai Mejar Jeneral

Kehidupan

Pertama Kali Dalam Sejarah Malaysia, Wanita Bukan Berbangsa Melayu Dilantik Sebagai Mejar Jeneral

Brigadier Jeneral Suriakala Suriabagavan bakal mencipta sejarah pertama Malaysia dengan kenaikan pangkat beliau kepada Mejar Jeneral meletakkannya sebagai wanita pertama bukan melayu yang berpangkat jeneral dua bintang.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh News Straits Times, Suriakala juga merupakan seorang nenek kepada dua orang cucunya. Beliau mampu menyampaikan perkara yang penting serta seorang pegawai yang sangat berdedikasi. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berasa bangga dan menghormati untuk memiliki seseorang seperti beliau yang berkhidmat kepada seluruh angkatan.

Advertisement

Mejar Jeneral Suriakala

Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata kepada NST,

Kami memerlukan kakitangan yang lebih berkaliber seperti dia, dari semua pangkat, kerana dia adalah satu contoh yang baik untuk orang lain contohi. Tentera sangat bangga mempersembahkannya bintang kedua.

Beliau yang berasal dari Klang adalah pengambilan daripada pegawai wanita kadet ketiga suruhanjaya perkhidmatan pendek dan telah mendaftarkan diri dengan Angkatan Tentera pada Disember 1981. Setelah setahun menjalankan latihan di Sekolah Pegawai Kadet di Port Dickson, beliau telah ditugaskan sebagai leftenan kedua pada tahun 1982.

Pada tahun yang sama, beliau telah berkhidmat sebagai pegawai penolong rekod, Direktorat Rekod dan Pencen pada 18 Disember. Selepas 38 tahun berkhidmat di bahagian tersebut, beliau dianugerahkan pangkat Mejar pada Ogos 1993 dan seterusnya Leftenan Kolonel pada Disember 2000.

Oktober 2008, beliau telah dinaikkan pangkat ke Kolonel dan bertugas sebagai pengarah di bahagian sumber manusia (dasar dan pembangunan) tentera. Pada 3 Jun 2015, beliau mendapat pangkat Jeneral Brigadier dan menjadi pengarah bahagian kakitangan (cawangan tenaga kerja) di Ibu Pejabat Angkatan Tentera.

Brigadier Jeneral Suriakala Suriabagavan
Suriakala berkata beliau tidak pernah membayangkan untuk dianugerahkan pangkat yang tinggi seperti ini. Beliau dan keluarganya sentiasa mengucapkan terima kasih kepada Tentera Darat atas kepercayaan yang telah diberikan kepada dirinya dan berjanji untuk memberikan yang terbaik.

Diharapkan pencapaian yang telah berjaya dirangkul oleh beliau ini menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk mengejar kerjaya yang bermanfaat dalam Angkatan Tentera, tambah beliau lagi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...