Pertama Kali Dalam Sejarah, Dua Calon OKU Memenangi Kerusi Di Parlimen Jepun

Kehidupan

Pertama Kali Dalam Sejarah, Dua Calon OKU Memenangi Kerusi Di Parlimen Jepun

Dua calon parlimen yang berkerusi roda berjaya memenangi kerusi pada pilihan raya di Jepun baru-baru ini. Calon dari parti Reiwa Shinsengumi iaitu Yasuhiko Funago dan Eiko Kimura kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan dan merupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Yasuhiko Funago mengalami penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), manakala Eiko Kimura mengalami masalah cerebral palsy.  Keduanya sangat aktif dalam meperjuangkan hak golongan OKU dan juga memecahkan stigma masyarakat mengenai mereka.

Advertisement

Funago adalah pesakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) yang pertama berjaya mendapat kerusi di parlimen. Dia yang di diagnos pada tahun 2000 mula hilang upaya tangan dan kaki sejak tahun 2008. Selepas itu, dia menggunakan pengesan khas yang mengesan ‘biting motion’ untuk mengawal komputer untuknya berhubung.

Bagi Kimura pula, dia sudah menjadi orang kurang upaya sejak berusia lapan bulan lagi. Sehingga kini dia antara aktivis yang aktif dalam memperjuangkan hak golongan ini dalam masyarakat.

“Setiap undian dari golongan ini sangat menyentuh hati saya dan ini membuatkan saya rasa perlu berkerja lebih kuat untuk mereka.”

Parlimen Jepun kini sedang berusaha mengubah suai fasiliti mengikut keselesaan dan kegunaan kedua calon ini. Sebelum ini mereka tidak pernah mempunyai calon OKU yang memerlukan bantuan terutamanya untuk menekan butang undian.

Sumber: Japan Times

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...