Dua calon parlimen yang berkerusi roda berjaya memenangi kerusi pada pilihan raya di Jepun baru-baru ini. Calon dari parti Reiwa Shinsengumi iaitu Yasuhiko Funago dan Eiko Kimura kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan dan merupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Yasuhiko Funago mengalami penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), manakala Eiko Kimura mengalami masalah cerebral palsy. Keduanya sangat aktif dalam meperjuangkan hak golongan OKU dan juga memecahkan stigma masyarakat mengenai mereka.
Funago adalah pesakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) yang pertama berjaya mendapat kerusi di parlimen. Dia yang di diagnos pada tahun 2000 mula hilang upaya tangan dan kaki sejak tahun 2008. Selepas itu, dia menggunakan pengesan khas yang mengesan ‘biting motion’ untuk mengawal komputer untuknya berhubung.
“Setiap undian dari golongan ini sangat menyentuh hati saya dan ini membuatkan saya rasa perlu berkerja lebih kuat untuk mereka.”
Parlimen Jepun kini sedang berusaha mengubah suai fasiliti mengikut keselesaan dan kegunaan kedua calon ini. Sebelum ini mereka tidak pernah mempunyai calon OKU yang memerlukan bantuan terutamanya untuk menekan butang undian.
Sumber: Japan Times