Pertama Kali Beli Minuman Kedai Kopi Popular, Pelanggan Terkejut Dengan Harga Yang Dikenakan

Kehidupan

Pertama Kali Beli Minuman Kedai Kopi Popular, Pelanggan Terkejut Dengan Harga Yang Dikenakan

Sudah menjadi keinginan setiap orang untuk mencuba sesuatu yang baharu. Namun, akan ada berlaku sedikit salah faham atau kesilapan kerana baru ingin mencuba perkara tersebut.

Seperti yang berlaku kepada dua gadis ini, mereka berkongsi pengalaman mereka di akaun TikTok @erinraizam dimana mereka baru pertama kali beli air minuman di salah satu kedai kopi yang cukup terkenal di Malaysia. Kedai ini bukan sahaja menawarkan air minuman kopi tetapi juga turut menawarkan beberapa jenis minuman yang lain.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik, mereka ada membeli dua cawan air dan pada kebiasaannya segelintir pelanggan akan customize minuman mereka mengikut citarasa masing-masing.

https://www.tiktok.com/@sleeplesssssssss/video/6946400347388693761?_d=secCgYIASAHKAESMgowlBwq0rX8DJ4SJ90lZElqVp2Y86xXCwgw9VOn%2BvcowKI1wMjV2UYvXr8SC61up2imGgA%3D&language=en&mid=6946400318964288258&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0mAzJex1IDDrIcZuFOMLRN8gw02HmSF5_AXYfxL1BpunPODc1CBulCZVxje9cajE&share_app_name=tiktok&share_item_id=6946400347388693761&share_link_id=e3917307-98c1-42c2-904c-a39929c025e3&timestamp=1617583343&u_code=dajel670g4al70&user_id=6790340624061449218&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=more&source=h5_t&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2

Namun, tidak pada mereka kerana itu merupakan kali pertama mereka membeli di kedai berkenaan. Apa yang berlaku ialah, mereka hanya bersetuju dengan apa sahaja yang dicadangkan oleh barista untuk ditambahkan ke dalam air.

Usai membuat pembayaran, mereka terkejut dengan harga yang dikenakan untuk satu cawan air yang mereka beli.

Video yang memperoleh hampir 200,000 tontonan di TikTok mendapat pelbagai rekasi daripada warganet. Ada yang turut sama berkongsi pengalaman mereka sewaktu pertama kali beli minuman di kedai berkenaan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa individu ada menyatakan kenapa barista di kedai berkenaan melakukan hal sedemikian.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...