Pertahankan Adik, Syatilla Melvin Sindir TMJ?

Hiburan

Pertahankan Adik, Syatilla Melvin Sindir TMJ?

Agak kecoh dan hangat diperkatakan semalam apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan prestasi salah seorang pemain bola sepak skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) merundum disebabkan tekanan daripada kekasihnya yang mendesak untuk berkahwin pada tahun ini.

syifa melvin safawi rasidMeskipun tidak menyebut mana-mana nama atau mendedahkan siapakah gerangan individu terbabit, rata-rata netizen menganggap luahan itu ditujukan kepada Safawi Rasid yang umum mengetahui dia gagal menunjukkan prestasi yang baik musim ini dan mengaitkan nama Syifa Melvin yang kini sedang hangat bercinta dengan pemain bola itu.

Advertisement

Pelbagai kecaman dilemparkan kepada Syifa seperti “kaki kikis” dan macam-macam lagi, menjadi punca kemerosotan prestasi Safawi bermain bola sepak di atas padang.

Syatilla Melvin perli TMJ?

syatilla melvin tmj

Tidak hanya berdiam diri, kakak kepada Syifa iaitu pelakon Syatilla Melvin mula bersuara mengenai isu tersebut dan tampil mempertahankan adiknya. Dia dilihat seakan membalas semula kenyataan TMJ penuh sindiran dan berkata dia sendiri tidak pernah “meroyan” di media sosial.

syatilla melvin sindir tmj syatilla melvin sindir tmj

TMJ balas kenyataan Syatilla

Tidak lama selepas itu, TMJ turut membalas kembali kenyataan Syatilla dan menyindirnya kembali.

Terdahulu, Syifa tampil mempertahakan diri dan menafikan dia memaksa Safawi untuk berkahwin sehingga pemain bola sepak itu tertekan serta hilang fokus ketika bermain di atas padang. Malah, Syifa turut menegaskan dia bekerja keras untuk menampung kehidupan sendiri tanpa perlu meminta wang dari kekasihnya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...