Pengeluar barangan berteknologi terkemuka Xiaomi sekali lagi membuktikan komitmen mereka memberikan yang terbaik untuk pengguna mereka dengan Xiaomi 12 Lite. Ciri-ciri inovasi terkini pada model ini menjadikannya trending di laman sosial.
Xiaomi 12 Lite adalah antara model yang paling ringan di pasaran yang mempunyai rekaan stylish dan fungsi fotografi mantap, sesuai untuk pengguna tegar media sosial. Ini menjadikan Xiaomi 12 Lite paling berbaloi untuk dilaburkan berbanding model lain di dalam kelasnya. Jom kami kongsikan 3 kelebihan Xiaomi Lite 12:
Kamera depan 32MP dengan Xiaomi Selfie Glow
Kamera depan 32MP dengan sensor GD2 dan autofokus membolehkan selfie ultra-jelas diambil dengan terperinci dan warna menawan. Dengan algoritma dibangunkan Xiaomi, kedalaman gambar dapat dianggarkan dan menghasilkan kesan bokeh semula jadi.
Mode selfie dengan auto HDR menghasilkan foto selfie menarik. Fungsi Xiaomi Selfie Glow dengan lampu LED lembut pada kamera depan merakam kecantikan asli dalam apa juga keadaan.
3 kamera 108MP untuk foto definisi tinggi
Xiaomi Lite 12 terbina dengan 3 kamera 108MP tahap studio yang berupaya menghasilkan foto berkualiti tinggi. Sensor HM2, kamera sudut ultra-lebar 8MP dan 2MP makro kamera membolehkan foto berdefinisi tinggi diambil dari segenap sudut dengan terperinci.
Rekaan nipis, ringan
Bukan sahaja dari aspek fungsi, model ini juga dicipta bagi mereka yang sangat mementingkan rupa luaran. Xiaomi Lite 12 direka senipis 7.29mm dan seberat hanya 173g serta selesa digenggam.
Paparan AMOLED 6.55 inci dengan HDR10+ serta Dolby Vision® menjamin kepuasan tontonan pada tahap tersendiri. Paparan TrueColor yang membolehkan pemaparan 68 bilion warna membuatkan foto atau video ditonton dipaparkan pada warna asalnya.
Bahagian belakang Xiaomi Lite 12 ini dihias dengan kecerunan warna berubah bergantung kepada cahaya sekitar. Bagi memberi efek lebih mewah, 3 kamera belakang disusun secara elegan. Model ini didapati dengan 3 warna iaitu Lite Green, Lite Pink dan Black.
Prestasi andalan dengan 5G
Chipset Snapdragon® 778G menjamin prestasi 5G tahap andalan. Terbina dengan proses 6nm, octa-core SoC memaksimumkan 5G1 di samping menyeimbangkan antara prestasi dan penggunaan tenaga.
Bagi memastikan pengalaman penggunaan lancar tanpa masalah, Xiaomi Lite 12 direka dengan sistem penyejukan berbilang tingkat untuk menyebarkan haba.
Bateri dengan kapasiti 4,300mAh memungkinkan model ini bertahan seharian. Pengecasan turbo membolehkan smartphone ini dicas penuh 100% bateri dalam 41 minit sahaja. Model ini mempunyai kadar segar semula sehingga 120Hz manakala kadar bacaan sentuhan pula 240Hz untuk pengalaman lancar penggunaan.
Pra-tempah sekarang hingga 26 Ogos
Berita baik untuk peminat Xiaomi, model Xiaomi Lite 12 ini sudah boleh mula dipra-tempah dari sekarang sehingga 26 Ogos. Setiap pra-tempahan layak mendapat potongan harga RM100 untuk kedua-dua varian penyimpanan Xiaomi 12 Lite:
[8GB + 128GB] Harga asal:RM 1,699 – Tawaran pra-tempahan RM 1,599 (Potongan RM 100!)
[8GB + 256GB] Harga asa:RM 1,899 – Tawaran pra-tempahan RM 1,799 (Potongan RM 100!)
Pra-tempahan juga melayakkan hadiah premium bernilai RM299 termasuk Mi Body Composition Scale 2, Xiaomi Shoulder Bag dan botol air sukan Xiaomi yang boleh didapati apabila mengambil tempahan di Kedai Sah Xiaomi seluruh negara. Bagi mereka yang membuat pembelian di Lazada dan Shopee juga akan menikmati potongan RM100 dan Redmi Buds 3 Lite bernilai RM99. Jom pra-tempah sekarang DI SINI!