Persoalan Terjawab, Ini Cara ‘Datuk Seri’ Macau Scam Lolos Pagar SPRM

Trending

Persoalan Terjawab, Ini Cara ‘Datuk Seri’ Macau Scam Lolos Pagar SPRM

Sehingga kini, masih hangat warganet membincangkan tentang isu seorang suspek utama yang dikaitkan dengan kes Macau Scam lari daripada tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Individu yang bergelar ‘Datuk Seri’ itu khabarnya memanjat pagar belakang bangunan di Putrajaya selepas hadir untuk proses dokumentasi jaminan bagi mengelakkan diri dari tahanan polis.

Advertisement

Bagaimanapun, segalanya telah terjawab selepas Harian Metro melaporkan lelaki tersebut sebaliknya berjaya melarikan diri dengan bantuan dua pengawal peribadinya.

Menurut laporan, insiden itu tercetus ketika lelaki itu bersama 10 lagi suspek lain dibawa semula ke pejabat SPRM.

Selesai urusan, empat kenderaan model Velfire masuk ke bangunan SPRM bagi menjemput Datuk Seri itu meninggalkan tempat tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa anggota polis sedang menunggu di pintu pagar utama, bersedia untuk menangkap 11 suspek terbabit.

“Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama. Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis,”

Lebih mengejutkan, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, suspek bertindak memanjat pagar, kemudian diusung sebuah kereta Perodua Myvi menunggu di tepi jalan dan melarikannya.

Nampaknya segala andaian yang mendakwa Datuk Seri itu memiliki ilmu seni pertahan diri kung fu adalah tidak benar, apatah lagi dakwaan lelaki itu mahir dengan teknik lompatan ‘parkour’.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...