“Persoalan Berkaitan Kelulusan Operasi Wajar Tanya MITI” – DS Ismail Sabri

Kehidupan

“Persoalan Berkaitan Kelulusan Operasi Wajar Tanya MITI” – DS Ismail Sabri

Persoalan berkaitan kelulusan operasi ketika sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikemukakan terus kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai kelulusan operasi.

Advertisement

“Perkara ini sedang diuruskan oleh MITI, wajar tanya kepada MITI. Saya susah nak jawab sebab kita sudah menyerahkannya kepada MITI, jadi MITI boleh jawab”.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Sementara itu, perkara yang membabitkan  pergerakan media selepas ada wakil petugas itu dikompaun walaupun sudah menunjukkan pas dikeluarkan Jabatan Penerangan selain sukar melepasi sekatan jalan raya juga perlu diajukan kepada MITI.

Media adalah antara 17 perkhidmatan perlu bagi sektor komunikasi yang dibenarkan beroperasi.

MITI

“Ia disebutkan secara jelas tanpa memperincikan apa jenis media kerana saya takut orang keliru, sebab bila saya sebut penyiaran, takut orang ingat itu untuk televisyen dan sebagainya”.

“Jadi saya tulis dalam pengumuman itu sebagai media, bermakna semua jenis media termasuk dalam keperluan asas yang kita benarkan”.

Katanya, jika ada perkara berbangkit berhubung operasi media ketika tempoh PKP penuh kena bertanya kepada MITI.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...