November 22nd, 2017

Entah mengapa sejak kebelakangan ini pelakon Fathia Latiff sudah menjadi “star” di laman sosial Twitter. Ada sahaja isu yang beliau akan timbulkan bermula daripada harga minyak yang naik dan terbaru mengenai istilah penggunaan istilah tunafoto yang menggantikan perkataan photobomb yang diperkenalkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.

Fathia mempertikaikan penggunaan istilah tersebut dan turut mencadangkan beberapa lagi perkataan yang padanya dirasakan lebih sesuai berbanding tunafoto.

Sekali lagi status Fathia itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mula mengecam “kebijaksanaan” Fathia.

Fathia nampaknya memang sudah jangka akan dikecam disebalik “gurauan” beliau itu. Kesian juga dengan Fathia tetapi mungkin tidak semua isu  ataupun pendapat yang beliau harus muat naik di media sosial.


Comments are closed.

Loading...