Persidangan DUN Melaka Kecoh, Ab Rauf Yusoh Dilantik Speaker Baharu

Trending

Persidangan DUN Melaka Kecoh, Ab Rauf Yusoh Dilantik Speaker Baharu

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu, berkuat kuasa semalam. Perlantikannya menggantikan DUN sebelum ini, Datuk Wira Omar Jaafar daripada Pakatan Harapan yang terpaksa akur dengan keputusan majoriti ahli Dewan.

Pelantikan ini berlaku beberapa jam selepas penangguhan sidang DUN akibat kekecohan berlaku, apabila bekas ketua menteri Datuk Seri Idris Haron dari Perikatan Nasional (PN) Omar tidak layak berada di kerusinya bagi meneruskan persidangan berkenaan.

Advertisement

Idris telah menjerit kepada Omar ketika bekas speaker Dewan itu membaca doa bagi memulakan persidangan. Idris mendakwa Omar tidak layak menjadi Speaker kerana Pakatan Harapan (PH) sudah kehilangan kerusi majoriti di negeri tersebut. Dia kemudian menuntut Dewan untuk mengizinkan usul memilih pengganti Omar dan timbalannya Dr Wong Fort Pin.

Susulan itu, kumpulan pembangkang termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari lantas bangun dan membidas kenyataan Idris. Idris turut dikatakan melemparkan buku Peraturan Tetap DUN Melaka kepada Omar apabila beliau menangguhkan sidang sehingga ke tarikh lain yang akan dimaklumkan.

Ditengah kekecohan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee turut bertikam lidah dengan Low Chee Leong dari DAP selepas dilabelkan sebagai ‘barua’ dan pengkhianat.

Video yang tular di beberapa media sosial, memaparkan Norhizam yang cuba mempertahankan dirinya sambil ditenangkan oleh beberapa ahli dewan yang lain.

Kerajaan PH di Melaka jatuh pada 2 Mac lalu menyaksikan dua wakil dari PH beralih kepada PN dan membentuk kerajaan negeri dengan 17 wakil. DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.

Keduanya tetap dengan pendirian mengenai apa yang berlaku.

Idris mempertahankan tindakannya dengan berpendapat bahawa Omar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Speaker untuk menolak usul untuk memilih pengganti.

“Saya memberitahu Speaker bahawa dia telah menyalahgunakan kuasanya dan mempunyai konflik kepentingan. Saya kemudian membaca perintah tetap berkenaan dengan pemilihan seorang Speaker, yang ditolak oleh Speaker dan pembangkang.”

Idris turut mengakui melempar buku tersebut kepada Omar kerana terlalu marah namun menjelaskan tindakannya itu bukanlah menghina dewan.

Norhizam pula mengatakan dia tidak perlu meminta maaf, dalam satu kenyataan di Facebook miliknya semalam. Dia bertindak sedemikian kerana diprovokasi oleh enam hingga tujuh wakil pembangkang.

Dia menyatakan pada mulanya dia tetap diam walaupun ada kekacauan di Dewan. Tetapi ketika dia dihina dengan kata-kata kesat, dia memutuskan untuk mempertahankan dirinya.

Usul pelantikan Ab Rauf Yusoh dibacakan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali dan disokong Datuk Seri Abd Ghafaar Atan, ADUN Asahan dan mendapat sokongan 15 ADUN kerajaan yang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...