Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Persiapan Sudah Dibatalkan, Elly Mazlein Tak Jadi Kahwin?

Elly Mazlein rasanya salah seorang daripada artis yang sudah cukup lama mengikat tali pertunangan. Abang Nara ingat lagi majlis pertunangan Elly Mazlein. Memang meriah macam majlis perkahwinan. Cincin pertunangan yang diberikan pun nampak sangat cantik dan pastinya mahal. Namun sayangnya, sehingga ke hari ini status Elly masih lagi tidak bergelar isteri kepada Azmi Hatta walaupun sudah bertunang sejak 2011.

elly mazlein

Advertisement

Baru kehilangan ibunya 2 bulan yang lalu, Elly Mazlein memaklumkan yang beberapa persiapan perkahwinan yang dilakukan olehnya telah pun dibatalkan. Adakah ini bermakna Elly tidak akan berkahwin? Hanya Elly yang tahu jawapannya. Kata Elly:-

Tentang perancangan perkahwinan saya, saya tak mahu fikirkan buat masa ini. Sebenarnya ada beberapa persiapan telah dibuat tapi semuanya telah dibatalkan. Mama sudah tiada. Saya tak mahu buat besar-besaran.

Kalau saya kahwin pun, saya hanya akan akad nikad dan menjamu tetamu. Tiada persandingan. Tapi buat masa ini saya tidak bersedia lagi untuk memikirkan soal itu. Tapi janji saya tetap sama, bila tiba masanya nanti, saya akan beritahu semua

elly

Nampak gayanya Elly Mazlein masih dalam keadaan bersedih dan tidak mampu berfikir mengenai perkahwinannya. Memang satu tamparan yang hebat apabila kehilangan ibu kita. Semoga Elly tabah dengan dugaan ini. Nanti kalau ada berita baik, beritahulah kami. Tak sabar rasanya nak tengok Elly bersanding. Info asal MalaysianDigest.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama