Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Persiapan Sudah 70% Siap, Lia Natalia Akur Perkahwinan Dibatalkan

lia natalia

Siapa sangka, persediaan perkahwinan yang sudah hampir siap sebanyak 70 peratus kini terpaksa dilupakan terus apabila pelakon Lia Natalia mendedahkan bahawa dia sudah berpisah dengan kekasihnya yang dikenali hampir setahun lalu.

Lia memilih untuk tidak mahu membuka aibnya dengan mendedahkan punca perpisahan mereka namun jelasnya ia menyebabkan perkahwinan yang dirancang berlangsung pada Disember lalu dibatalkan.

Advertisement

“Ada masalah yang saya tidak boleh terima. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja. Apa sebenarnya yang berlaku, biarlah antara kami sahaja yang tahu.”

Pelakon wanita itu tidak dapat menyorokkan rasa terkilan memandangkan persiapan yang sudah hampir siap malah mereka telah pun menjalankan penggambaran pra-perkahwinan pada September lepas.

“Ia termasuk tempahan lokasi, hantaran, tiket penerbangan dan sebagainya. Namun akhirnya tak jadi kahwin. Saya reda dengan ujian ini dan menganggap apa yang berlaku tiada jodoh di antara kami.”

lia natalia

Akui sedih dengan pengakhiran ini meskipun sudah bersedia berkahwin namun Lia sedar bahawa ia adalah ketentuan Tuhan. Bahkan keluarganya di Sabah menjadi penyokong utama dan memahami situasi yang berlaku di antara mereka.

Advertisement

“Awalnya mereka memang teruja apabila dapat tahu saya mahu tamatkan zaman bujang memandangkan saya anak bongsu. Ibu juga minta saya bersabar kerana dia tahu anaknya memang serius untuk berkahwin. Segala yang berlaku saya kena terima, mungkin ada hikmahnya juga. “

Tidak mahu terus terkenang dengan apa yang berlaku, wanita tersebut kini memilih untuk fokus kepada lakonan sahaja dan menolak ke tepi dahulu soal cinta.

Mungkin ada pasangan yang lebih baik buat Lia Natalia nanti.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    January 6, 2021 at 8:12 am

    sorry tak minat..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama