“Ada masalah yang saya tidak boleh terima. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja. Apa sebenarnya yang berlaku, biarlah antara kami sahaja yang tahu.”
Pelakon wanita itu tidak dapat menyorokkan rasa terkilan memandangkan persiapan yang sudah hampir siap malah mereka telah pun menjalankan penggambaran pra-perkahwinan pada September lepas.
“Ia termasuk tempahan lokasi, hantaran, tiket penerbangan dan sebagainya. Namun akhirnya tak jadi kahwin. Saya reda dengan ujian ini dan menganggap apa yang berlaku tiada jodoh di antara kami.”
Akui sedih dengan pengakhiran ini meskipun sudah bersedia berkahwin namun Lia sedar bahawa ia adalah ketentuan Tuhan. Bahkan keluarganya di Sabah menjadi penyokong utama dan memahami situasi yang berlaku di antara mereka.
“Awalnya mereka memang teruja apabila dapat tahu saya mahu tamatkan zaman bujang memandangkan saya anak bongsu. Ibu juga minta saya bersabar kerana dia tahu anaknya memang serius untuk berkahwin. Segala yang berlaku saya kena terima, mungkin ada hikmahnya juga. “
Tidak mahu terus terkenang dengan apa yang berlaku, wanita tersebut kini memilih untuk fokus kepada lakonan sahaja dan menolak ke tepi dahulu soal cinta.
Mungkin ada pasangan yang lebih baik buat Lia Natalia nanti.