February 13th, 2014

Hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja sebelum Puteri Sarah Liyana akan bergelar isteri kepada Syamsul Yusof. Berkata kepada Utusan Malaysia, bakal isteri pengarah hebat ini memaklumkan yang persiapan perkahwinan sudah pun siap sebanyak 60%. Mesti Puteri Sarah sedang berdebar-debar menunggu detik bahagia tidak lama lagi.

gambar kahwin puteri sarah syamsul yusof

Buat masa ini, Puteri Sarah Liyana masih bekerja seperti biasa. Kata Puteri Sarah:-

Benar, kami akan bernikah pada 8 Mac ini. Buat masa ini, persiapan majlis itu banyak dibantu keluarga dan rakan. Saya tidak tertekan dan masih bekerja sehingga ke hari ini. Saya juga belum pasti bila akan bercuti menjelang tarikh itu

puteri sarah dan syamsul

Tak sabar rasanya nak melihat Syamsul Yusof menyarungkan cincin ke jari Puteri Sarah Liyana di hari pernikahan mereka kelak. Semoga segala persiapan berjalan lancar. Mungkin seminggu dua sebelum majlis, Puteri Sarah bolehlah mula bercuti untuk menyempurnakan persiapan. Sama-samalah kita doakan agar majlis ini akan berjalan seperti yang dirancang kelak.

P.S: Toyota Prius dipanggil semula


Comments are closed.

Loading...