Ramai yang bertanya tarikh sebenar pernikahan beliau tetapi buat masa ini Saharul ingin merahsiakannya.
Walaubagaimanapun, Saharul memberitahu persiapan perkahwinan beliau hampir selesai dan beliau sudah bersedia untuk bergelar suami.
Cukuplah setakat ini orang tahu yang saya akan kahwin selepas raya nanti. Tarikh atau lokasi memang belum dapat didedahkan hingga masanya tiba.
Lagipun saya tidak mahu terlalu beriya-iya kerana kita sekadar merancang, Tuhan yang menentukan.
Dari segi persiapan segala-galanya hampir selesai malah saya sendiri sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami terutama dari segi bimbingan kerohanian.
Kami mendoakan yang terbaik buat Saharul Ridzwan dan bakal isterinya, semoga rumah tangga yang bakal dibina tidak lama lagi kekal sehingga jannah.