Persiapan Kahwin Shila & Ubai Dah Nak Hampir Siap – “Tarikh Dah Nak Dekat Tapi…”

Hiburan

Persiapan Kahwin Shila & Ubai Dah Nak Hampir Siap – “Tarikh Dah Nak Dekat Tapi…”

Penyanyi Shila Amzah memaklumkan dia bakal mendirikan rumah tangga sekitar bulan Ogos ini bersama lelaki pilihan, Ubaidillah Mohd Zulkefli.

Maklum Shila, persiapan perkahwinan telah siap hampir 70% namun enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis atas sebab-sebab tertentu.

Advertisement

Katanya, ibu Ubai, Rohani Jamal masih berada di hospital bagi mendapatkan rawatan akibat pendarahan pada bahagian rahim susulan daripada penyakit kanser ovari yang dihidapinya.

Apa yang boleh saya katakan, sebanyak 70 peratus persiapan perkahwinan sudah dibuat. Tarikh perkahwinan memang sudah dekat tetapi buat masa ini saya tidak mahu maklumkan lagi kerana ibu Ubai masih lagi dirawat di hospital.

Saya hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinan kami selepas ibu keluar daripada hospital.

Ujar pelantun lagi Memori Tercipta ini, dia mahu orang tersayang hadir ke hari bahagianya nanti dan tidak mahu kelihatan teruja memandangkan bakal ibu mentuanya yang sedang sakit.

Ibu Ubai mahu berada di majlis pernikahan kami dan disebabkan itu saya belum boleh maklumkan lagi tarikh perkahwinan kami. Saya hanya mahu menunggu ibu keluar dan barulah saya akan maklumkan kepada semua.

Terdahulu, Shila telah mengikat tali pertunangan dengan Ubai pada 27 Mei lalu.

Shila sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada 2018 namun bercerai pada tahun 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia 4 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aiman Tino
10 months ago

"Over Mengalahkan Retis" - Pakai Skirt Pendek & Dada Terdedah, Aiman Tino Dikritik Tak Pandai Bimbing Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...