Persiapan Dah ‘Settle’ Tapi Rombongan Pihak Lelaki Tergamak Tak Datang – “Awak Takde, Sekelip Mata Berubah”

Kehidupan

Persiapan Dah ‘Settle’ Tapi Rombongan Pihak Lelaki Tergamak Tak Datang – “Awak Takde, Sekelip Mata Berubah”

Bagi kebanyakan pasangan yang bercinta dan mahu ke fasa yang lebih serius, pastinya mereka akan mengikat tali pertunangan.

Tidak kiralah ia disambut dengan majlis yang meriah atau hanya bersederhana dan dihadiri keluarga serta teman rapat sahaja.

Advertisement

tunang putuskan hubungan dua bulan sebelum kahwin
2 years ago

2 Bulan Sebelum Nikah Minta Majlis Dibatalkan, Tunang Ugut Cerai Kalau Nak Teruskan Perkahwinan

Namun, keterujaan yang dirasai wanita ini sekelip mata bertukar kesedihan selepas perancangan untuk bertunang dengan jejaka pilihan tidak berlangsung seperti yang dirancang.

Menerusi rakaman yang tular di TikTok, rakan wanita bernama Syafiqah itu berkongsikan tentang kisah sedih yang terjadi baru-baru ini pada hari yang sepatutnya mereka bertunang.

Selepas semua persiapan diatur dengan baik termasuklah hantaran, hidangan makanan untuk keluarga lelaki, solekan, dan sebagainya, rombongan pihak lelaki tidak kunjung tiba.

Hantaran kita dah siap awak. Umi dah siapkan masak nasi minyak. Kawan rapat pun dah sampai dari Kuala Lumpur…

…..Saya tengah make up ni. Cantikkan inai saya? Tapi awak tak ada. Awak tak datang. Sekelip mata dah berubah. Saya tetap teruskan semuanya tanpa ada awak di sisi.”

@princessnov10

Bismillah. @??? ??? Semoga kau terus kuat sahabat walaupun aku tahu terlalu SAKIT … #putuscinta #fyp? #tunang #kasiviral #kuasaviral

? suara asli – worsaless – worsaless

Tuan empunya badan, Syafiqah bagiamanapun akui redha dengan apa yang berlaku terhadapnya dan keluarga serta yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menceritakan pengalaman mereka melalui episod duka sepertinya suatu ketika dahulu.

Selain itu, ramai turut menzahirkan rasa simpati terhadap Syafiqah dan segelintir individu turut mencadangkan agar dia membuat tuntutan ganti rugi terhadap lelaki itu dan keluarganya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...