Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Persepsi Netizen Berubah Bila Lihat Foto Neelofa Pakai Tasbih Digital

Tidak dinafikan, kontroversi terhangat Neelofa yang mendapat kecaman netizen adalah ketika majlis pelancaran tudungnya di kelab malam Zouk baru-baru ini. Sejak daripada hari itu, beliau menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat yang menghakimi dirinya sehingga hari ini meskipun sudah membuat permohonan maaf.

Advertisement

Walaupun dihimpit kata-kata negatif, Neelofa tidak mahu terus melatah dan mengambil pendekatan untuk tidak terlalu memikirkan percakapan orang. Cara beliau itu agak profesional kerana tiada gunanya untuk terus memanjangkan isu tersebut.

Terbaru, perkongsian netizen di Twitter mengenai Neelofa telah mencuri perhatian ramai apabila Neelofa dilihat memakai tasbih digital di jarinya. Persepsi netizen itu terus berubah mengenai Neelofa.

Advertisement

Difahamkan foto tersebut merupakan reaksi spontan Neelofa ketika pihak Air Asia membuat kejutan dengan menghadiahkan sejambak bunga atas pencapaian beliau yang tersenarai sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara).

Kita sebagai manusia seharusnya tidak menghukum orang lain hanya berdasarkan luaran ataupun masa silamnya.  Apa pula komen anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

152 Comments

  1. bunga lalang

    March 27, 2018 at 5:19 pm

    entah2 dia jadik duta tasbih digital tu pulak x…promosi

  2. olaola

    March 27, 2018 at 12:40 pm

    Kalau jenis tak riak, tanggal je la tasbih tu.. guna je jari2 kita ni…

  3. bunga lalang

    March 27, 2018 at 11:51 am

    Si Nara ni pon satu … tgk la blog dia ni mcm advertisement dan sponsor dia dpt… aku dah ckp kita2 ni dpt dosa je…diaorg ni je yg kenyang

  4. Anonymous

    March 27, 2018 at 10:03 am

    Seperti biasa..abg nara akn beri ayat yg sesopan mungkin utk backup neelofa.

  5. Anonymous

    March 27, 2018 at 9:10 am

    Neelofa BAYAR abang Nara suruh up kan cerita every month…. A publicity is still a publicity either good or bad. Lepas tu bagi tudung free kat Bini abang Nara…ala ala bff…. Tak sedar dia jadi Keldai iklan free Neelofa. Kembang lubang hidung pakai turban zouk. Sedih nok tengok Bini abang Nara ….

    • Just saying

      March 27, 2018 at 10:43 pm

      Betoi tu ..hodoh betoi turban tu

Loading...
To Top